Rindunya…, video Zayn Rayyan ketika bayi undang sebak netizen

Menerusi video dikongsikan Ismanira itu, kelihatan dia sedang mengagah Zayn Rayyan yang dilihat teruja

9:45 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kasih ibu membawa ke syurga walaupun anak dilahir dan dibesarkan sudah tiada di depan mata.

Ia gambaran cinta dan sayang seorang ibu terhadap anak yang tidak akan pernah boleh diganti sesiapa.

Perasaan terbabit juga dapat dilihat dalam diri ibu kanak-kanak mangsa bunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, Ismanira Abdul Manaf yang sering berkongsi kenangan dan kerinduan terhadap anaknya itu di Instagram.

Terbaharu, menerusi Instagram, Ismanira berkongsi video memaparkan keletah Zayn Rayyan ketika masih bayi, iaitu pada tahun 2017.

Video berdurasi satu minit 29 saat itu menunjukkannya mengagah Zayn Rayyan yang sedang baring di kerusi bayi dan kelihatan teruja.

“Throwback (imbas semula) tujuh tahun yang lalu, masa ni Zayn baby lagi. Video ni Wan Mi (Nenek) Zayn yang rakam.

“Geram betul dengan Zayn masa ni sebab bambam (tembam) huhu.

“Rindunya…Rasa macam nak kembali ke zaman ni je,” tulisnya menerusi keterangan di hantaran video itu.

Perkongsian Ismanira itu sekali gus menyentuh hati warga maya dengan rata-rata mereka meluahkan sebak dengan insiden menimpa Zayn Rayyan, selain ada meletakkan emoji sedih serta tangisan.

“Bukan lah tak pernah ada kes sama macam Zayn, tapi dalam kes Zayn ni, rasa lain sangat, setiap kali nampak pos pasal Zayn, rasa sebak sangat, mudah je air mata ni mengalir, rasa sayang sangat pada Zayn…,” kata mak_sue.

“Zayn…Sayang Zayn…Selalu ingat Zayn…Mungkin Allah timbulkan rasa ni nak suruh ramai doakan Zayn…Anak syurga,” tulis kimlanii.

“Kuatnya seorang ibu, Allah berkecai hati saya,” komen lakmimie.

Manakala, segelintir netizen memuji kecomelan Zayyn Rayyan dan ‘keterujaannya’ ketika diagah ibu.

“Comel je masa kecil-kecil,” kata aimn_naaaaa.

“Masya-Allah sangat comel dan handsome. Baik je dia. Sayang sangat kat Zayn,” ujar seorang netizen.

“Alahai comelnya dia. Macam nak picit-picit je pipi bambam tu, nanti kita jumpa dekat sana ya sayang,” respon aydha27.

Ada pula netizen yang mendoakan semoga Ismanira terus kuat untuk meneruskan kehidupan dan memohon kepada Allah supaya akan ada keadilan buat anaknya.

“Zayn sayang. Mommy, semoga terus kuat semangat ya? Kita teruskan berdoa untuk keadilan Zayn sekarang,” kata yanananaliyana.

Terdahulu, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi membantu siasatan kes Zayn Rayyan yang dipercayai dibunuh selepas ditemukan dalam keadaan terbaring di anak sungai berhampiran Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember tahun lalu kira-kira jam 10 malam.

Namun sehingga kini, masih tiada sebarang petunjuk baru dalam kes berkenaan yang boleh membawa kepada perkembangan positif pemburuan suspek.

Sepanjang kes itu dijalankan, PDRM merakam keterangan 225 individu, selain mengumpul 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) orang, namun tiada keputusan positif direkodkan.

PDRM membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh bagi kes itu, selepas menemukan kesan kecederaan mempertahankan diri pada leher dan badan mangsa. – 20 Februari, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related