◉ HEADLINES

Kerajaan tetap pertahan kedudukan Perlembagaan Persekutuan: Anwar

Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum lain berwarganegara Malaysia

12:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan tetap mempertahan kedudukan dan prinsip Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu telah pun menjadi pegangan kerajaan selama ini.

“Kita tetap pertahankan kedudukan Perlembagaan termasuk (Perkara) 153,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15 hari ini.

Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum lain berwarganegara Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang menggesa agar Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 akan datang menilai semula adakah keistimewaan Bumiputera di bawah Perkara 153 benar-benar memberi manfaat kepada golongan itu. 

Hassan mempersoalkan dasar afirmatif berkenaan yang didakwanya telah dirampas dan dimanipulasi oleh segolongan elit bumiputera.

KEB 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Februari hingga 2 Mac di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bertujuan mencadangkan hala tuju serta pendekatan baharu agenda pemerkasaan Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif. – 20 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

Altimet bergabung dengan Zizi Kirana, Saixse dan Fahimi lancarkan lagu Anak Malaysia

Lagu Anak Malaysia itu dicetuskan untuk menyuntik semangat dan sokongan kepada kontinjen Malaysia dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris

[WATCH] A tearful Aidilfitri message from Malaysians to Palestinians

Join us in reflecting on the true meaning of Hari Raya Aidilfitri with heartfelt messages from Malaysians. As we celebrate this joyous occasion, let us not forget those in Palestine who are enduring unimaginable suffering. 

◉ Related