HEADLINES

19 Bazar Ramadan bawah MBPJ tawar kaedah pembayaran tanpa tunai

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua peniaga di 19 bazar Ramadan di bawah seliaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) digalakkan menggunakan kaedah urusniaga tanpa tunai (cashless) yang disifatkan lebih praktikal.

Bercakap kepada Scoop, Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon berkata kaedah ‘cashless’ juga lebih selamat kepada pengunjung kerana mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ketika mengunjungi bazar tersebut.

Kaedah urusniaga tanpa tunai (cashless) di bazar Ramadan disifatkan lebih praktikal. – Gambar Bernama, 23 Februari, 2024

“Bertemakan ‘digital and clean’, inisiatif ini adalah antara kempen promosi dan kesedaran yang dijalankan MBPJ bagi memacu peralihan kepada pembayaran tanpa tunai seterusnya memacu transformasi digital bagi mencapai pembangunan ekonomi digital yang mampan.

“Selain penggunaan ‘cashless’ kesemua peniaga juga dinasihatkan untuk bersama-sama menjaga kebersihan dengan lebih baik. Sehubungan itu, MBPJ akan memastikan semua lokasi bazar Ramadan pada tahun ini dalam keadaan terbaik tanpa sebarang aduan berkenaan kebersihan,” katanya.

Umat Islam di Malaysia dijangka berpuasa pada 12 Mac ini.

Mengulas lanjut, ujar beliau, sebanyak 1,243 tapak disediakan dan sesi cabutan undi bagi petak bazar telah diadakan pada 8 Februari lalu termasuk taklimat kepada peniaga mengenai penyediaan makanan serta suntikan Typhoid.

“Kesemua peniaga ini diberikan taklimat dan perkongsian tentang menguasai ilmu kejuruteraan makanan serta menu di bulan Ramadan, pembiayaan skim i-bermusim bagi peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri.

“MBPJ juga ingin mengingatkan kepada peniaga supaya mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan termasuk mempamerkan harga jualan,’’ katanya.

Tambahnya, sebanyak RM60,000 telah dibelanjakan bagi kerja-kerja pembersihan, justeru, untuk tahun ini peniaga diminta menjaga kebersihan dengan lebih baik. – 23 Februari, 2024

Berikut adalah senarai 19 lokasi bazar Ramadan di sekitar Petaling Jaya:

1) Vista Business Centre, Damansara Damai

2) Seksyen 7, Kota Damansara

3) Prima Damansara

4) Apartment Meranti, Bandar Sri Damansara

5) PJS 2D, Taman Medan

6) Seksyen 17/1A

7) Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara

8) SS6/1 Kelana Jaya

9) SS8, Sg. Way

10) Seksyen 4, Kota Damansara

11) Taman Sri Manja

12) Kg. Sg. Kayu Ara

13) Jalan Sentosa 3/57

14) Lembah Subang

15) Seksyen 14/20 (Kompleks Pasar Peniaga Sek. 14)

16) Desa Mentari, PJS 6/5

17) Kg. Lindungan PJS 6/3

18) Seksyen 8, Sg. Jernih

19) Kg. Baiduri, Seksyen 51A

Topics

 

Hangat

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

TMJ slams ‘politically motivated’ FIFA ban on Malaysian players

Johor regent says FIFA’s sanctions against seven naturalised players were based on “misapplied laws” and driven by hidden agendas

Related