HEADLINES

Hampir 300 pasangan Malaysia bernikah di Thailand setiap bulan

Kebanyakan pasangan ini bernikah di Narathiwat, Pattani, Yala, Satun, Songkhla atau Bangkok

2:52 PM MYT

 

YALA, Thailand – Kira-kira 250 hingga 300 pasangan dari Malaysia hadir membuat pengesahan dokumen pernikahan mereka di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia setiap bulan selepas berkahwin di Thailand.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, kebanyakan pasangan ini adalah mereka yang berkahwin sama ada di Narathiwat, Pattani, Yala, Satun atau Songkhla.

“Ada juga yang berkahwin di Bangkok tetapi hadir ke pejabat Konsulat Jeneral di sini untuk mendapatkan pengesahan yang hanya boleh dibuat oleh pihak Konsulat Jeneral Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Melayu Day kali ke-9, di sini semalam.

Hadir sama Menteri Keadilan Thailand yang juga bekas Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Sempadan Wilayah Selatan (SBPAC), Thawee Sodsong, Gabenor Yala Ampon Pongsuwan, Konsul Jeneral Indonesia Suargana Pringganu dan Datuk Bandar Yala Pongsak Yingchoncharoen.

Ahmad Fahmi berkata, pengesahan dokumen pernikahan itu penting agar pasangan terbabit tidak terlibat dengan sindiket yang cuba melakukan penipuan.

Katanya, dengan pengesahan yang diperoleh daripada pejabat Konsulat Jeneral Malaysia pasangan terbabit boleh membuat pendaftaran perkahwinan mereka di Malaysia.

“Pendaftaran pernikahan ini penting terutamanya untuk masa depan anak-anak yang kemungkinan menjadi ‘anak tanpa negara’. Masalah juga biasanya timbul apabila anak-anak sudah meningkat dewasa.

“Apabila anak dewasa dan memerlukan wali untuk bernikah sudah pasti akan menimbulkan masalah apatah lagi sekiranya berlaku kematian yang melibatkan di segi pengurusan harta,” katanya. – 25 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related