HEADLINES

Ucapan saya hari ini lebih halus, tapi akan datang jaga-jaga: Sultan Ibrahim

Baginda juga bertitah, semua Ahli Parlimen iaitu dari blok kerajaan dan pembangkang diminta bersatu hati, berganding bahu dan bekerjasama

1:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya Ahli Parlimen berwaspada dengan ucapannya pada masa depan yang mungkin ‘keras’ dalam memberikan nasihat atau peringatan berhubung kepentingan rakyat dan negara.

Baginda bertitah, bagi mengelakkan situasi tidak menyenangkan, semua Ahli Parlimen iaitu dari blok kerajaan dan pembangkang diminta bersatu hati, berganding bahu dan bekerjasama.

Titahnya, sikap itu bagi membolehkan mereka menjalankan amanah untuk membangunkan negara, demi kepentingan seluruh rakyat.

“Ucapan saya hari ini lebih halus kalau dibandingkan dengan ucapan saya di Johor, saya bagi peluang supaya tidak ada yang tersinggung, tapi akan datang harap-harap berjaga-jaga.

“Pemerintahan saya sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah sama seperti Agong yang lepas, iaitu mengikut Perlembagaan, dasar dan peraturan ditetapkan. Kedudukan saya di sini adalah bagi menjalankan tanggungjawab dan memikul amanah raja-raja untuk memastikan kedaulatan tanah air, kemakmuran negara dan kesejahteraan hidup rakyat akan sentiasa terpelihara.

“Oleh itu saya menyeru kepada semua pihak sama ada duduk di sebelah kanan atau di sebelah kiri marilah kita bersatu hati, berganding bahu dan berkerjasama untuk membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia,” titahnya.

Perkara itu dititah Sultan Ibrahim ketika Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, di mata baginda, kejayaan atau kegagalan negara ini bukan terletak di bahu Perdana Menteri semata-mata.

“Tetapi semua 222 ahli Dewan Rakyat telah diamanahkan oleh rakyat sebagai wakil mereka dalam kerajaan,” titahnya. – 26 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Yeo Bee Yin delivers twins, welcomes ‘adventure’ in raising five boys

Puchong MP shares about the physical challenge carrying identical twins on social media

Rising material costs? Cement Rahmah to aid homes under RM300,000: Nga

Housing minister says government partnering with cement industry to keep affordable housing projects sustainable

No missiles for LCS: Putrajaya pursues RM1.06 bil compensation from Kongsberg

A nixed missile deal has triggered a billion-ringgit showdown between Putrajaya and a major Norwegian defense contractor, casting a shadow over the navy's premier littoral combat ship project just as sea trials finally show positive progress

Related