HEADLINES

Hentikan trend rai hari jadi di kubur, gantikan dengan doa dan sedekah niat

Menurut Zulkifli, amalan tersebut jauh lebih besar manfaatnya buat si mati, di samping memohon keampunan buatnya

9:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan supaya menghentikan trend meraikan sambutan hari lahir di kubur dan menggantikannya dengan doa serta bersedekah niat untuk si mati.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, amalan tersebut jauh lebih besar manfaatnya buat si mati, di samping memohon keampunan buatnya.

“Perbuatan tersebut adalah lebih baik jika ditukar dengan menjamu makan kepada anak-anak yatim dan juga memberi makan kepada fakir miskin kerana manfaatnya jauh lebih besar buat dirinya, di samping memohon keampunan buatnya.

“Maka, tindakan sedemikian hendaklah dihentikan dan digantikan dengan doa dan begitu juga digantikan dengan sedekah kepada si mati. Inilah yang dianjurkan dalam Islam.

“Kami telah bahaskan berkenaan pahala yang sampai kepada si mati, walaupun dia sudah berada di alam barzakh. Mudah-mudahan tindakan yang kita lakukan ini, dipandu oleh syarak dan disluh oleh hadyu nabi dan seterusnya kita menjadi orang yang benar-benar mengikuti ajaran Islam,” katanya menerusi perkongsian di platform X, hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan netizen mengenai tindakan ibu bapa yang membawa kek ke kubur anaknya yang sudah meninggal dunia, di samping menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, menziarahi kubur tujuannya adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk mengingatkan kita kepada kematian dan hari akhirat dan bukannya berkenaan kehidupan mahupun kelahiran.

“Terdapat beberapa cara yang diajar Rasulullah SAW untuk kita berinteraksi dengan alam barzakh atau mereka yang ada dalam alam kubur.

“Antaranya, mendoakan si mati dan bersedekah dengan bacaan ayat al-Quran seperti yang diharuskan sebahagian ulama,” katanya. – 26 Februari 2024

Topics

 

Hangat

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

Haze returns: API exceeds 150 in Nilai, Seremban, Johan Setia

Including Kuantan, four areas recorded unhealthy air quality as of 10am

Malaysia Airlines cancels more Shanghai flights as Typhoon Bavi intensifies

National carrier suspends Kuala Lumpur-Shanghai services on July 11 and 12, following earlier Taipei flight cancellations due to worsening weather conditions

Related