HEADLINES

TikTok, Facebook dan aplikasi X ada penilaian sendiri, tidak terima arahan daripada mana-mana kerajaan

Nie Ching berkata tuduhan yang dibuat oleh Syed Saddiq itu adalah tidak berasas

1:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Platform media sosial termasuk TikTok, Facebook dan aplikasi X tidak akan mengambil arahan daripada mana-mana kerajaan sebaliknya mereka akan membuat penilaian sendiri mengenai kandungan yang dimuatnaik di media sosial.

Ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, jika sesuatu kandungan itu diturunkan, maka ia menunjukkan bahawa platform tersebut setuju dengan penilaian atau permintaan daripada kerajaan.

Sambil merujuk Syed Saddiq sebagai pempengaruh media sosial dan mempunyai ramai pengikut di TikTok, Nie Chin berkata beliau sepatutnya memahami hal berkenaan.

“YB (Yang Berhormat) percaya ke TikTok akan ambil arahan daripada kerajaan Malaysia. Tidak kira siapa juga yang duduk di sebelah sini (jadi kerajaan) jadi YB perlu faham.

“TikTok, Facebook… mereka sebagai syarikat besar, multinasional, mereka tidak mengambil arahan daripada sesebuah kerajaan tetapi mereka akan membuat penilaian sendiri sama ada mereka setuju dengan permintaan daripada sesebuah kerajaan itu.

“Platform tersebut tidak ikut arahan daripada mana-mana kerajaan, mereka juga ada garis panduan Community Guidelines,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Syed Saddiq pada sesi Dewan Rakyat hari ini, yang mendakwa kerajaan menyekat konten kritikan di TikTok dan mendakwa ia sebagai taktik untuk menutup mulut rakyat.

Mengulas lanjut, Nie Ching berkata, tuduhan yang dibuat oleh Syed Saddiq itu adalah tidak berasas.

Malah katanya, ada juga permintaan daripada kerajaan yang telah ditolak oleh platform terbabit.

“Prosedur memang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) apabila terima laporan, kami akan kemukakan permintaan kepada facebook, TikTok, X dan platform-platform lain.

“Tetapi akhirnya mereka akan buat keputusan sendiri sama ada setuju dengan pandangan MCMC dan kerajaan.

“Sekiranya sesuatu kandungan itu diturunkan, ia menunjukkan platform itu setuju dengan request kerajaan,” katanya. – 27 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

América de Cali moves to terminate Rodrigo Holgado amid FIFA suspension case

Colombian football journalist Pipe Sierra claims that the club has begun legal proceedings to end the 28-year-old’s contract after receiving the latest response from FIFA’s Appeals Committee

Sabah UMNO chief Bung Moktar dies at 66

The Kinabatangan MP passed away early Friday morning, with leaders across Sabah mourning the loss of a prominent political figure who contributed significantly to the state’s development

Malaysia tightens social media rules with eKYC: Fahmi

MCMC set to enforce minimum age of 16 for new accounts; enforcement date to be announced soon

Related