HEADLINES

Arahan pakai uniform dua hari, baju sukan dua hari masih terpakai

Garis panduan sedia ada itu masih dikekalkan pada sesi pembukaan sekolah bulan depan

7:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua pelajar masih dibenarkan memakai pakaian seragam sekolah untuk dua hari diikuti pakaian sukan selama dua hari dan sehari untuk pakaian kokurikulum bagi sesi persekolahan yang akan datang.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, garis panduan sedia ada itu masih dikekalkan termasuk di 12 kawasan yang diramal mengalami suhu panas tahap berjaga-jaga ketika ini.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya cuaca panas ekstrem berlaku, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mendapatkan laporan susulan terutamanya daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum keputusan lain dibuat.

“Setakat ini, garis panduan tersebut masih kekal seperti yang diumumkan Menteri (Fadhlina Sidek) pada Januari lalu (dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian ko-kurikulum).

“Pengumuman oleh Menteri itu masih terpakai. Bagaimanapun, sekiranya cuaca panas bertambah serius, kita akan berbincang dan dapatkan input daripada KKM sebelum satu keputusan dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Sesi Libat Urus Jelajah Masa Depan Pendidikan Negara di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini MetMalaysia memaklumkan keadaan di 12 kawasan yang mencatatkan suhu panas melebihi 35 darjah Celsius itu masih terkawal.

“Berdasarkan laporan yang diperolehi KPM, keadaan masih terkawal dan kita amat prihatin. Apa-apa pun kita akan dapat laporan terlebih dahulu daripada KKM dan MetMalaysia,” katanya.

Sebelum ini MetMalaysia memaklumkan 12 kawasan di empat negeri diramalkan mengalami suhu panas tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari.

Kawasan berkenaan termasuklah Perlis dan beberapa kawasan di Kedah iaitu Pulau Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap Sik, Baling serta Kulim. Selain itu, Kuala Kangsar, Perak dan Beaufort, Sabah. – 27 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related