◉ HEADLINES

PN akan kemuka memorandum khas perkasa syariah kepada MKI

Pemerkasaan itu penting susulan beberapa isu berkaitan agama dan kaum, sehingga membuatkan penduduk Malaysia yang majoritinya Islam serta Melayu tidak selesa

7:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan memorandum khas kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi memperkasakan undang-undang syariah.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, memorandum itu merangkumi cadangan Perlembagaan untuk dipertimbangkan kerajaan bagi memperkasakan aspek berkenaan.

“Apabila semua ini sudah berlaku, ia menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan sepenuhnya untuk dilaksanakan.

“Kita tengok nanti bila kita bentang, rakan-rakan kita sebelah sana yang beragama Islam nak tengok macam mana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Hamzah menegaskan, pemerkasaan itu penting susulan beberapa isu berkaitan agama dan kaum, sehingga membuatkan penduduk Malaysia yang majoritinya Islam serta Melayu tidak selesa.

Katanya, Malaysia adalah negara majmuk dan kontrak sosial menjadi struktur asas untuk masyarakatnya mengekalkan keharmonin yang sekian lama terjalin.

“Tapi sekarang umat Islam dan orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti, resah gelisah bila mana diasak dengan pelbagai siri cubaan halus daripada pihak tententu yang bersikap seperti kaduk naik junjung dan cacing naik ke mata.

“Begitu juga dengan keputuan petisyen kes Nik Elin Zurina (Abdul Rashid) yang akan menggugat enakmen jenayah syariah di seluruh negeri dalam negara kita yang tercinta ini,” katanya.

Menurutnya, segala keputusan dibuat dalam kes Nik Elin yang juga peguam itu, mendedahkan enakmen negeri lain kepada risiko pembatalan.

“Kami PN mahu melihat ke hadapan dan menjunjung titah Sultan Selangor selaku Pengerusi MKI Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, bagi mencari jalan membaiki kelompongan serius dalam kuasa serta bidang kuasa, berkaitan hak menganut dan mengamal majoriti rakyat Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Nik Elin Zurina dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman mengemukakan petisyen mencabar kuasa Badan Perundangan Negeri Kelantan menggubal peruntukan dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) 2019.

Justeru, Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu, mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.

Panel lapan hakim yang dipengerusikan Tengku Maimun membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan Nik Elin Zurina dan Tengku Yasmin.

Tengku Maimun dalam penghakiman panel berkata, mahkamah membenarkan petisyen itu kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat undang-undang yang ia tidak mempunyai kuasa untuk membuatnya. – 27 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related