HEADLINES

Tersenarai amaran pelaburan SC, suami Heliza terkejut, bimbang reputasi tercalar

Menurut Mahadi, pihaknya juga dinasihatkan untuk membuat permohonan secara rasmi untuk mendapatkan penjelasan berhubung senarai amaran tersebut

7:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usahawan Mahadi Badrul Zaman mengakui terkejut dan bimbang apabila nama dan syarikat miliknya, AUF MBZ Consortium Plt dalam senarai amaran pelaburan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Mahadi yang juga suami kepada selebriti Heliza Helmi berkata, bagi mendapatkan kepastian dan penjelasan lanjut berhubung perkara itu, dia berkunjung ke ibu pejabat SC pada jam 11 pagi tadi.

“Dalam pertemuan itu, saya menyatakan perasaan bimbang di atas perkara tersebut dan menegaskan pendirian bahawa perniagaan yang lakukan berlandaskan kepada undang-undang serta peraturan yang ditetapkan.

“Aktiviti perniagaan yang diusahakan juga adalah mematuhi undang-undang dan mengikut prinsip syariah,” katanya dalam kenyataan yang dikongsikan kepada Scoop, hari ini.

Menurut Mahadi, pihaknya juga dinasihatkan untuk membuat permohonan secara rasmi untuk mendapatkan penjelasan berhubung senarai amaran tersebut.

Susulan itu, katanya, dia sudah mengarahkan peguamnya untuk menyerahkan permintaan bertulis rasmi kepada SC berhubung perkara tersebut.

“Sebagai maklum balas atas permintaan itu, saya akan berikan kerjasama kepada pihak SC dan bersedia untuk membuat pembetulan sekiaranya terdapat keraguan yang mengakibatkan nama saya dalam senarai amaran pelaburan.

“Saya memahami punca tindakan berkenaan, mungkin berlakunya salah faham disebabkan hubungan baik saya dengan syarikat yang tidak disenaraikan seperti kenyataan SC,” katanya.

Pada masa sama, Mahadi turut memberikan jaminan kepada pelabur dan pihak berkepentingan bahawa dia komited terhadap ketelusan, pematuhan dan amalan perniagaan beretika.

“Saya akan berusaha untuk menyelesaikan perkara ini dan mengembalikan keyakinan ramai terhadap reputasi saya serta perniagaan yang diusahakan.

“Terima kasih di atas sokongan anda kepada saya sepanjang melalui tempoh sukar ini,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial senarai nama Mahadi dan syarikatnya menjalankan aktiviti pasaran modal tidak berlesen untuk berurus niaga dalam sekuriti berhubung dengan pemasaran saham syarikat awam tidak tersenarai.

Malah sebelum ini juga, seorang pelakon wanita mendakwa Mahadi menipunya apabila syarikat Mahadi dikatakan gagal menyiapkan rumah yang dibelinya, sejak lima tahun lalu.

Aktres tersebut mendakwa perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM5,000 tetapi premis yang dijanjikan siap tahun lalu itu masih tidak nampak bayangnya. – 27 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related