HEADLINES

Kerajaan bekerjasama dengan ILO untuk tambah baik perlindungan pekerja e-hailing

Kajian bagi Membangunkan Kerangka Pekerjaan dan Perundangan Dalam Ekonomi Gig akan dilaksanakan, yang dijadualkan bermula pada Mac hingga September ini

9:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia sedang bekerjasama dengan International Labour Organization (ILO) bagi mendapatkan pandangan dan cadangan sesuai dalam menambah baik perlindungan serta kebajikan penggiat gig.

Menterinya, Steven Sim berkata, ini kerana berdasarkan laporan daripada Malaysia Digital Ekonomi Corporation (MDEC), saiz pasaran bagi Ekonomi Gig pada suku tahun ketiga 2023 adalah sebanyak RM1.33 billion.

Angka berkenaan, katanya mencatatkan kadar sebanyak 80% daripada keseluruhan saiz pasaran 2022 dengan RM1.66 bilion.

Selain itu, katanya kajian bagi Membangunkan Kerangka Pekerjaan dan Perundangan Dalam Ekonomi Gig akan dilaksanakan, yang dijadualkan bermula pada Mac hingga September ini.

“Kajian tersebut dijadualkan bermula pada Mac 2024 dan tamat pada hujung September 2024 setelah pihak perunding mengemukakan laporan serta pembentangan akhir. Seterusnya, hasil kajian tersebut akan menentukan keperluan sama ada pindaan akta sedia ada atau menggubal akta baharu,’’ katanya.

Steven berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang ingin mengetahui mengenai perancangan kementerian dalam membela kebajikan pekerja e-hailing pada sidang Dewan Rakyat

Steven memberitahu, sebagai langkah proaktif, kementeriannya telah menubuhkan Jawatankuasa Pro Tem Penggiat Gig yang bertujuan menjadi penghubung atau medium antara Penyedia Platform Digital dan Penggiat Gig, sebagai koordinator untuk melihat keperluan dan mengemukakan cadangan penyelesaian.

“Pertemuan itu diadakan dengan beberapa pihak termasuk persatuan-persatuan p-hailing (Penghantar dan PPRPM) serta penyedia platform digital iaitu Grab, Foodpanda dan Shopee Food.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa ini akan bekerja rapat dengan Majlis Digital melalui Jawatankuasa Ekonomi Perkongsian dalam menguruskan isu-isu Penggiat Gig,’’ katanya. – 28 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related