◉ HEADLINES

Paras air di dua stesen di Sarawak merekodkan bacaan melebihi paras bahaya

13 kawasan di seluruh Sarawak merekodkan bacaan melebihi tanda amaran, berbanding 10 sahaja pada pagi tadi

3:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Paras air di dua stesen di Sarawak iaitu Malihah di Kuching dan Sungai Salim B di Sibu telah merekodkan bacaan melebihi paras bahaya sehingga jam 1.45 petang tadi.

Berdasarkan kepada data yang dimuatnaik dalam laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), stesen Malihah merekodkan bacaan 8.18 meter iaitu melebihi paras bahaya iaitu 7.4 meter.

Ia juga menunjukkan trend menaik.

Manakala satu lagi stesen iaitu di Sungai Salim B pula, bacaan yang direkodkan bagi tempoh yang sama ialah 3.23 meter, melebihi bacaan paras bahaya yang iaitu 3.1 meter.

“Manakala di Serian pula, paras air merekodkan bacaan tahap amaran iaitu 8.85 meter,’’ kata JPS dalam kenyataannya.

Sementara 13 kawasan di seluruh Sarawak merekodkan bacaan melebihi tanda amaran, berbanding 10 sahaja pada pagi tadi.

Antaranya ialah di Kapit Town, Buan Bidi, Krusen, Buso, Batu Gong, Punan Bah dan Durin Bazar.

Hujan lebat sejak malam tadi telah mengakibatkan paras air meningkat di beberapa Kawasan, dengan ada yang mengalami banjir kilat.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawal (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir di Sarawak kini meningkat kepada 356 orang melibatkan 121 keluarga.

Di Kuching, seramai 194 orang daripada 82 keluarga ditempatkan di PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru manakala 98 orang daripada 23 keluarga di PPS Dewan Masyarakat Stapok.

Sementara itu, di Bau, 64 orang daripada 16 keluarga berlindung di PPS Dewan Kampung Segong. – 2 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related