HEADLINES

Dana RM1 bilion untuk perkasa generasi baharu usahawan bumiputera: PM

Inisiatif itu bagi memberi dokongan dan sokongan untuk mencipta lebih ramai usahawan bumiputera

4:46 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kerajaan menerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC) meluluskan dana permulaan sebanyak RM1 bilion khusus bagi melahirkan generasi baharu usahawan bumiputera, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, inisiatif itu bagi memberi dokongan dan sokongan untuk mencipta lebih ramai usahawan bumiputera.

“Kita mesti mampu mencipta lebih banyak usahawan bumiputera, usahawan seperti syarikat tempatan Aerodyne yang berjaya menembusi pasaran global dalam perkhidmatan dron.

“Kita mesti berbangga dengan Les Copaque dan Animosta yang menggunguli karya kreatif begitu juga usahawan muda Khairul Aming,” katanya berucap pada penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Selain itu Perdana Menteri berkata, kerajaan bersedia untuk meningkatkan akses kemudahan pembiayaan kredit mikro kepada golongan yang memerlukan.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan akan mengkhususkan dana pembiayaan kredit mikro bumiputera sehingga RM1 bilion melalui Institusi Kewangan Pembangunan seperti Bank Simpanan Nasional, Agrobank dan Tekun Nasional. – Gambar hiasan Tekun Nasional, 2 Mac, 2024

Beliau berkata, untuk itu kerajaan akan mengkhususkan dana pembiayaan kredit mikro bumiputera sehingga RM1 bilion melalui Institusi Kewangan Pembangunan seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), Agrobank dan Tekun Nasional.

“Ia bagi menyediakan sokongan kepada pelbagai segmen usahawan bumiputera termasuklah wanita, belia dan veteran tentera serta penjaja, pekerja gig dan pengusaha food truck,” katanya.

Selain itu Perdana Menteri berkata, bagi mendukung pembangunan vendor tempatan, kerajaan akan menambah baik insentif cukai serta menyediakan tabung geran padanan sebanyak RM100 juta.

Beliau berkata, ia bagi menggalakkan lebih banyak syarikat swasta melaksanakan program pembangunan vendor seperti penyediaan program latihan dan peningkatan kemahiran dalam bidang baharu khususnya pendigitalan, peralihan tenaga dan teknologi.

“Sudah tiba masanya, sektor swasta termasuklah syarikat bukan bumiputera dan syarikat multinasional menyokong pelaksanaan program pembangunan vendor kerana akhirnya ini akan memberi manfaat kepada negara.

“Usaha ini dijangka dapat memanfaatkan sehingga 10,000 perusahaan mikto kecil sederhana (PMKS) tempatan terutamanya usahawan bumiputera, selain turut dibuka untuk membimbing misalnya PMKS kaum India,” katanya. – 2 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

‘Robbed again’: Johor Orang Asli accuse trustees of misusing RM6mil from land compensation fund

Linggiu Valley community files MACC report, claiming decades-old RM38.5mil trust meant for their families has been abused repeatedly

Related