◉ HEADLINES

Wakaf Mara Madani sasar dana RM1 bilion dalam tempoh 2 tahun: PM

Bagi memanfaatkan tanah-tanah wakaf terbiar, Belanjawan Madani 2024 juga telah menyediakan dana pembiayaan berjumlah RM500 juta

5:29 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju mewujudkan Tabung Wakaf Mara Madani dengan sasaran dana berjumlah RM1 bilion dalam tempoh 2 tahun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, tabung yang selaras dengan ikhtiar kerajaan dalam memperkasa agenda bumiputera itu akan diterajui oleh Mara dan dilaksanakan oleh Yayasan Pelajaran Mara selari dengan hasrat penubuhan agensi itu.

“Wakaf Mara Madani akan memberi manfaat kepada 70.1% bumiputera dan memastikan keterjaminan pendidikan, kebajikan, kesihatan, keusahawanan dan pengangkutan yang semakin mencabar di alaf baru ini.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong juga telah memberi limpah perkenan untuk menjadi penaung kepada sistem wakaf ini. Prestasi Wakaf Mara Madani akan dilaporkan secara berkala kepada Majlis Raja-Raja Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Menurut Anwar, kerajaan turut bersetuju untuk melanjutkan potongan cukai bagi wakaf berasaskan saham seperti Wakaf ASNB dan Waqaf An-Nur di bawah Johor Corp.

Bagi memanfaatkan tanah-tanah wakaf terbiar, Belanjawan Madani 2024 juga telah menyediakan dana pembiayaan berjumlah RM500 juta.

“Ia sebagai galakan untuk membangunkan tanah-tanah wakaf agar dapat menjana pendapatan mampan dan menyediakan rumah-rumah mampu milik,” katanya. – 2 Mac 2024

Topics

 

◉ Hangat

Penemuan kecederaan luar biasa pada badan, JSJ Bukit Aman diarah segera siasat kematian Noorizwan

'Saya telah meminta JSJ, khususnya pengarahnya Datuk M. Kumar, untuk menyiasat kes ini secepat mungkin dan memaklumkan hasil siasatan kepada orang ramai,' kata Mohd Khalid

MACC detains businessman in RM1.5bil false import declaration scandal

Authorities say the syndicate allegedly smuggled contraband goods and bribed enforcement officers

Terengganu MB Samsuri takes helm as opposition leader

PN Supreme Council unanimously backs Ahmad Samsuri to lead opposition and explore broader alliances

◉ Related