HEADLINES

Didakwa hina Premier Sarawak, polis rakam keterangan Bozz Jebat

Polis menerima 45 laporan terhadap Zool Amali Hussin selepas video kenyataannya dimuat naik seorang individu di media sosial pada 29 Februari lalu

10:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah merakam keterangan Bozz Jebat atau nama sebenarnya Zool Amali Hussin bagi membantu siasatan ke atas 45 laporan polis berkaitan dakwaan menghina Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching telah memohon bantuan dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) untuk merakam percakapan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Seremban itu.

“Unit USJT telah menggunakan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras untuk merakam percakapan Zool Amali bermula dari 1.45 tengah hari sehingga 3.40 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bozz Jebat didakwa telah mengeluarkan kenyataan biadap dengan merendah-rendahkan Abang Johari menerusi sebuah video berdurasi empat minit yang dimuat naik seorang individu di laman sosial, 29 Februari lalu.

Zam Halim, berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, media melaporkan laporan polis telah dibuat Setiausaha Politik Premier Sarawak, John Nyigor di Balai Polis Satok, Kuching terhadap Bozz Jebat yang turut didakwa mengeluarkan kenyataan di dalam video itu seolah-olah Sarawak bukan sebahagian daripada Malaysia. – 4 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Related