HEADLINES

Selamat maju jaya Dahlan: Loke

Semalam, Dahlan yang berkhidmat sebagai setiausaha politik Anthony selama kira-kira dua tahun bermula 2018, menyerahkan borang keahlian menyertai parti berkenaan

12:15 PM MYT

 

HULU LANGAT – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas setiausaha politiknya, Datuk Dahlan Maamor yang menyertai Bersatu mulai semalam.

Loke berkata demikian ketika ditanya wartawan mengenai tindakan Dahlan itu pada sidang media program pelaksanaan inisiatif sistem latihan dan pengujian memandu secara elektronik (eTesting) di Institut Memandu Surfine Hitech Sdn Bhd di sini, hari ini.

“Selamat maju jaya,” katanya ringkas sambil tersenyum.

Semalam, Dahlan yang berkhidmat sebagai setiausaha politik Loke selama kira-kira dua tahun bermula 2018, menyerahkan borang keahlian menyertai parti berkenaan.

Borang itu diserahkannya kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Perkara itu diumumkan Hamzah yang juga Ketua Pembangkang di Facebook dengan turut berkongsi foto beliau menerima borang keahlian daripada Dahlan.

Hamzah berkata, Dahlan yang dilaporkan pernah bergelar ahli Umno, menghubunginya beberapa hari sebelum itu berhubung hasrat menyertai Bersatu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

RHB sued for RM15 mil over disputed joint account withdrawal, landmark case looms

Datuk Tan Bee Geok alleges RHB Bank breached joint account mandate by allowing RM1.3 million withdrawal without her consent; bank blames inadvertent error, seeks indemnity from her husband

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related