E-Testing: Ujian memandu akan dikendali tanpa pegawai JPJ dalam kenderaan.

Pelaksanaan sistem itu bukan sahaja memberi pelbagai kelebihan kepada calon dan IM, tetapi juga integriti ujian untuk mendapatkan lesen memandu akan terjamin

2:15 PM MYT

 

HULU LANGAT – Projek Sistem Latihan dan Pengujian Memandu secara Elektronik (eTesting) yang dilancarkan kerajaan hari ini, akan menawarkan pelbagai kelebihan kepada calon dan institusi memandu (IM) bagi meningkatkan integriti proses penilaian.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, menerusi eTesting, prestasi calon ujian memandu dapat diukur menggunakan alat sensor dan kamera dengan keputusan akan dijana secara masa nyata.

Katanya, ia sekali gus membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di dalam kenderaan.

“Sistem ini akan mengurangkan campur tangan manusia, supaya institusi memandu hanya akan mengeluarkan pemandu benar-benar berhemah.

“Kita nak membudayakan integriti dalam proses perlesenan kita. Tiada lagi istilah lesen ‘pau’ atau lesen ‘guarantee’.

“Kalau dulu kita memerlukan sebanyak enam orang pegawai penilai untuk menjaga, sekarang kita hanya perlu dua orang yang akan berada di bilik kawalan,” katanya pada program pelaksanaan inisiatif sistem eTesting di Institut Memandu Surfine Hitech Sdn Bhd di sini, hari ini.

Sistem eTesting akan dilaksanakan bagi ujian kategori KPP02 iaitu ujian di litar yang menjadi sebahagian daripada usaha memodenkan dan meningkatkan keselamatan jalan raya di Malaysia.

Beliau berkata, pelancaran e-Testing juga akan meningkatkan tahap keberkesanan institusi memandu (IM), apabila pelaksanaannya membolehkan lebih ramai calon diuji berbanding sistem ujian sedia ada atau manual.

Menurutnya, dengan dua pegawai di bilik kawalan itu, mereka boleh mengendalikan 150 calon yang menduduki ujian memandu setiap hari.

“Dalam sistem ini, calon diberi pilihan untuk menjalani ujian biasa atau eTesting. Walaupun IM boleh mengenakan caj maksimum RM100, calon yang memilih untuk mengambil ujian eTesting akan mendapat beberapa manfaat tambahan.

“Ia termasuk peluang membuat percubaan kali kedua bagi setiap elemen ujian yang gagal pada hari sama tanpa sebarang kos tambahan.

“Keutamaan lain bagi calon ujian yang menggunakan sistem ini termasuk rebat RM10 bagi pengeluaran Lesen Percubaan dan dalam senarai tempahan ujian. Pelaksanaan sistem ini membolehkan lebih ramai calon diuji, berbanding sistem ujian sedia ada atau manual,” kata Anthony Loke.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, setakat ini tiga IM bersedia melaksanakan eTesting, iaitu Institut Memandu Surfine Hitech di Hulu Langat, Selangor; Pusat Latihan Memandu Berjaya Bhd di Ulu Tiram, Johor serta Institut Lima Bintang Abadi Sdn Bhd di Pulau Pinang.

“Kementerian menggalakkan semua IM untuk menawarkan ujian memandu berasaskan eTesting. Tempoh masa selama enam tahun akan diberikan kepada IM bagi peralihan pengujian kaedah manual kepada kaedah eTesting.

“Terdapat tiga syarikat penyedia perkhidmatan eTesting yang sudah diluluskan Jawatankuasa Penilaian Projek eTesting, iaitu Uji Bestari Sdn Bhd, TBS Solutions Sdn Bhd dan KOPIMA Technology Sdn Bhd, jadi IM boleh memilih mana-mana penyedia perkhidmatan eTesting yang sudah diluluskan ini,” katanya. – 5 Mac 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Where is Sabah AG Nor Asiah on 40% grant revenue issue, ask state advocates

Former assemblyman says AG should be at the forefront in advocating for Sabah's rights

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Related