HEADLINES

Laporan Ketua Audit Negara: PR1MA catat kerugian pada 2022, liabiliti cecah RM5.746 bilion

Berdasarkan kedudukan tunainya, PR1MA akan menghadapi kesukaran memenuhi obligasi membuat bayaran balik Sukuk Tranche 2 Oktober ini

11:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) mempunyai liabiliti berjumlah RM5.746 bilion setakat 31 Disember 2022, selepas ia mengalami kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion pada tahun sama.

Perkara itu dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2022 dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, antara punca kerugian bersih itu adalah penurunan hasil jualan rumah dan komersial RM0.435 bilion, iaitu pada kadar 33.7 peratus daripada RM1.292 bilion pada 2021 kepada RM0.857 bilion (2022).

“Baki pinjaman sukuk berjumlah RM3.792 bilion (RM4.542 bilion pada 2021) perlu dilunaskan hingga tahun 2027, termasuk Sukuk Tranche 2 berjumlah RM1.750 bilion yang akan matang pada Oktober 2024.

“Keadaan ini menunjukkan PR1MA mempunyai komitmen bayaran balik sukuk yang tinggi hingga tahun 2027.

“Kedudukan Tunai dan Kesetaraan Tunai PR1MA pada 31 Disember 2022 adalah RM0.428 bilion (RM0.820 bilion pada 2021),” menurut laporan itu.

Katanya, berdasarkan kedudukan tunai itu, PR1MA akan menghadapi kesukaran memenuhi obligasi membuat bayaran balik Sukuk Tranche 2 pada Oktober ini.

Mengulas lanjut, pihak audit memaklumkan, situasi kewangan itu menyaksikan PR1MA akan menghadapi kesukaran memenuhi obligasi membuat bayaran balik Sukuk Tranche 2 yang berjumlah RM1.750 bilion berkenaan, sekiranya unjuran hasil jualan rumah dan komersial gagal dicapai.

Diletakkan di bawah Kementerian Perumahann dan Kerajaan Tempatan, PR1MA diwartakan pada 19 Disember 2012 di bawah Akta Perumahan Rakyat 1Malaysia 2012 [Akta 739].

Fungsi utama PR1MA antaranya adalah merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden, bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana. – 6 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related