◉ HEADLINES

Harrison nafi akan isytihar sokongan kepada MB Selangor

Harrison antara empat Adun Bersatu yang dikatakan akan mengikuti jejak Datuk Abdul Rashid Asari mengisytiharkan sokongan kepada Datuk Seri Amirudin Shari

4:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram, Datuk Harrison Hassan menafikan dirinya antara wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang akan mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Bercakap kepada Scoop, Adun dari parti Bersatu itu turut menafikan sudah mengadakan pertemuan dengan Amirudin.

“Apa disebarkan itu tidak betul dan tiada pertemuan dengan MB (Menteri Besar),” katanya ringkas.

Hari ini, bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Amirudin.

Beliau yang juga Adun Selat Klang, memaklumkan, keputusan itu dibuat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan.

Susulan itu, sebuah portal memetik beberapa sumber melaporkan terdapat ura-ura mengatakan lima Adun Bersatu bakal memberikan sokongan mereka kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor.

Selain Adun Selat Klang, baki empat Adun yang didakwa akan turut menyokong Amirudin ialah wakil Jeram, Batang Kali, Sungai Kandis dan Dengkil.

Malah Adun Jeram (Harrison) dimaklumkan sudah bertemu Amirudin.

Terdahulu, Bersatu dilapor meluluskan Perkara 10 perlembagaan parti itu selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Khas di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang.

Pindaan perlembagaan itu dibuat susulan tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Ia membabitkan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang); Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang). – 6 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

◉ Related