HEADLINES

Saifuddin cabar HRW kemuka bukti tahanan didera di depot Imigresen

Sekirannya HRW gagal menunjukkan bukti seperti pendedahan dalam laporan mereka, ia bermakna dakwaan tersebut hanyalah bersifat khabar angin

7:21 PM MYT

 

PUTRAJAYA — Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mencabar badan bukan kerajaan (NGO), Human Rights Watch (HRW) untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan berlaku penderaan dan kematian tahanan di depot Imigresen.

Beliau berkata, bukti berkenaan diperlukan bagi membolehkan siasatan dapat dilaksanakan dengan segera.

“Kalau boleh nyatakan maklumat lengkap di mana dan bila perkara itu berlaku serta siapa mangsanya. HRW juga dipelawa untuk berjumpa saya. Saya sendiri akan jemput bagi menjelaskan perkara tersebut.

“Saya tidak akan berlengah-lengah untuk membuat siasatan. Isu hak asasi (manusia) ini bukan sekadar soal warga asing, tetapi prinsip kita adalah mempertahankan hak asasi setiap manusia yang bernyawa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekirannya HRW gagal menunjukkan bukti seperti pendedahan dalam laporan mereka, ia bermakna dakwaan tersebut hanyalah bersifat khabar angin.

“Saya tidak tahu sama ada HRW tahu bahawa setiap depot kita ada pegawai perubatan. Pemeriksaan kesihatan dibuat berkala dan saya melihat sendiri bagaimana proses itu dilakukan, makanan juga diberi mengikut jadual.

“Kepada mereka (HRW), kalau boleh nyatakan mengenai penderaan dan kematian yang berlaku. Di mana, depoh yang mana, bila dan sebutkan siapa mangsanya.

“Kita akan segera buat siasatan. Saya sendiri akan gerakkan siasatan, kita juga akan babitkan agensi yang berkredibiliti untuk turut membantu. Prinsip kita adalah mempertahankan hak asasi setiap insan bernyawa,” katanya.

HRW menerusi laporan yang dikeluarkan sebelum ini mendakwa lebih 1,400 kanak-kanak ditahan di depot Imigresen dengan dua pertiga daripada mereka tidak ditemani atau dipisahkan daripada keluarga masing-masing.

Laporan itu juga mendakwa, kanak-kanak sering menghadapi penderaan sama seperti tahanan dewasa iaitu termasuk penafian rawatan perubatan, makanan tidak mencukupi dan layanan buruk.

Jelas Saifuddin, lebih 1,000 tahanan kanak-kanak di 19 depot sudah diasingkan di Baitul Mahabbah.

“Mereka ini kita asingkan sementara menunggu proses dokumentasi selesai dan dihantar pulang ke negara masing-masing,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, kerajaan memutuskan perkhidmatan Agensi Pengendali Permohonan Visa Malaysia bagi permohonan e-VISA pekerja warga Bangladesh ditamatkan.

“Susulan keputusan ini, majikan diberikan ID (pengenalan) aktif dan manual pengguna. Seterusnya mereka boleh membuat permohonan e-Visa secara terus kepada sistem My-Visa,” katanya. – 8 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

Malaysian Nazmi a candidate to referee at 2026 football World Cup

National referee Muhammad Nazmi Nasaruddin has been selected as one of the main refereeing candidates for the 2026 FIFA World Cup in the United States, Canada, and Mexico, scheduled for June 11 to July 19, 2026.

[UPDATED] Paris 2024: Zii Jia strolls into round of 16

Malaysian badminton’s great gold hope tops group with quick defeat of Spain’s Pablo Abian

Related