HEADLINES

Beri suapan kontrak pembersihan RM2 juta: 4 pengarah syarikat direman SPRM

Keempat-empat suspek lelaki berusia antara 30 sehingga 40an dipercayai telah melakukan kesalahan tersebut dari 2020 hingga 2023

6:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat orang pengarah syarikat kerana disyaki memberi wang suapan RM230,000 bagi mendapatkan kontrak kerja-kerja pembersihan bernilai RM2 juta.

Wang suapan tersebut dibayar secara pindahan dalam talian dan mesin wang tunai ke akaun pegawai majlis perbandaran.

Perintah reman selama lima hari yang bermula hari ini hingga 13 Mac dikenakan terhadap suspek pertama, kedua dan keempat manakala suspek ketiga dilanjutkan sehingga 14 Mac.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Tuan Arif Danial Shah Shahril Noor selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.

Menurut sumber, keempat-empat suspek lelaki berusia antara 30 sehingga 40an dipercayai telah melakukan kesalahan tersebut dari 2020 hingga 2023 sebagai balasan pelantikan keempat-empat syarikat tersebut bagi kerja-kerja kontrak pembersihan yang bernilai kira-kira RM2 juta.

“Kesemua suspek telah ditahan kira-kira jam 7.30 malam semalam sehingga 2 pagi hari ini ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor, “ katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Sekyen 17 (b) Akta SPRM 2009. – 9 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Related