HEADLINES

Batik Air diberi amaran keras susulan insiden juruterbang tertidur semasa penerbangan

Kedua-dua juruterbang itu kini digantung mengikut prosedur dalaman

8:14 PM MYT

 

JAKARTA – Kementerian Pengangkutan Indonesia memberi amaran keras kepada Batik Air susulan insiden juruterbang dan pembantu juruterbang syarikat penerbangan komersial itu tertidur semasa penerbangan dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, ketua pengarah penerbangan awam kementerian M. Kristi Endah Murni berkata siasatan menyeluruh bakal dijalankan dan hukuman akan ditentukan berdasarkan hasil siasatan pasukan penyiasat.

“Seorang pemeriksa kapal terbang akan dihantar untuk menangani Penyelesaian Isu Keselamatan, menentukan punca dan mengesyorkan tindakan sewajarnya terhadap pengendali syarikat penerbangan dan pengawal selianya,” katanya.

Laporan awal Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan mendedahkan bahawa kedua-dua juruterbang itu tertidur kira-kira 28 minit semasa penerbangan Batik Air BTK6723 pada 25 Jan.

Kedua-dua juruterbang itu kini digantung mengikut prosedur dalaman.

Walaupun terdapat beberapa kesilapan navigasi, pesawat itu yang membawa 153 penumpang dan empat pramugari, selamat mendarat tanpa sebarang kecederaan.

Kristi menegaskan bahawa syarikat penerbangan mesti mengutamakan masa dan kualiti rehat untuk juruterbang dan kru penerbangan kerana ia mempengaruhi tugas mereka semasa penerbangan.

“Kami juga akan meneliti operasi penerbangan malam di Indonesia khasnya berkaitan pengurusan risiko keletihan bagi Batik Air dan semua pengendali syarikat penerbangan,” katanya. – 9 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related