HEADLINES

Waktu bekerja penjawat awam di Pahang pada Jumaat sepanjang Ramadan sehingga 12.30 tengah hari

Penetapan melibatkan semua jabatan negeri, Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan serta badan berkanun negeri

10:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Waktu bekerja bagi penjawat awam di Pahang pada setiap Jumaat, sepanjang bulan Ramadan ini ditetapkan sehingga 12.30 tengah hari.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika memaklumkannya berkata, penetapan itu dibuat selaras dengan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Penetapan ini turut melibatkan semua jabatan negeri, Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Umat Islam di Malaysia dijangka berpuasa pada 12 Mac ini.

Sementara aktiviti melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia akan berjalan serentak di 29 lokasi cerapan rasmi di seluruh negara petang ini.

Bagi Wilayah Persekutuan, tiga lokasi rasmi adalah di Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Tingkat 10, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan melaksanakan Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1445 Hijriah itu.

“InsyaAllah, pengisytiharaan 1 Ramadan 1445H akan diumumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam ini,’’ katanya. – 10 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Related