◉ HEADLINES

Polis latih pakar kenal pasti negara asal sumber pembekal dadah

Kita mahu mereka sampai ke tahap boleh kenal pasti lokasi asal bahan (dadah) sama ada dari Laos, Guatemala atau Mexico: KPN

2:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memberikan lebih tumpuan terhadap pencegahan kes jenayah siber dan narkotik yang semakin meruncing dalam negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, antara langkah yang diambil adalah seperti menghantar pakar dalam kalangan polis untuk mendalami ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi tujuan mengenal pasti negara asal sindiket penyeludupan dadah.

“Pihak polis (kini) bergerak ke arah jenayah siber dan narkotik. Kita mahu pakar analisis yang dihantar Ke Universiti Kebangsaan Malaysia boleh mengkaji dadah itu.

“Kita mahu mereka sampai ke tahap boleh kenal pasti lokasi asal bahan (dadah) sama ada dari Laos, Guatemala atau Mexico berdasarkan bahan berbeza yang dihasilkan di makmal…itu adalah matlamat kita sekarang,’’ katanya kepada media selepas Majlis Sesi Dialog Khas PDRM di Maktab PDRM, di sini hari ini.

Polis katanya, dalam usaha untuk menyelesaikan masalah bagi mengurangkan kejadian jenayah narkotik atau siber. – 11 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related