HEADLINES

Bas ekspres rempuh treler: Pemandu maut, 7 penumpang cedera

Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas ekspres tersebut melanggar belakang treler yang dipandu di lorong kanan

2:34 PM MYT

 

ALOR GAJAH – Seorang pemandu bas ekspres maut, manakala tujuh penumpang kenderaan itu cedera selepas melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 220.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke utara di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi, pemandu bas ekspres terbabit Zulkarnain Jalil, 41, yang tersepit di tempat duduk meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan, bagaimanapun pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, daripada tujuh penumpang berusia antara 20 hingga 50 tahun itu, dua dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, manakala lima orang dibawa ke Hospital Rembau, Negeri Sembilan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati treler terbabit dalam perjalanan dari Kota Tinggi, Johor ke Senawang, Seremban, manakala bas ekspres pula dalam perjalanan dari Stesen Bas Larkin, Johor ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur dengan membawa 30 penumpang.

“Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila bas ekspres berkenaan melanggar belakang treler terbabit yang dipandu di lorong kanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arshad berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat, penumpang bas yang tidak mengalami kecederaan pula meneruskan perjalanan ke TBS menaiki bas gantian yang disediakan syarikat bas ekspres terlibat.

Kemalangan itu katanya, disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – 11 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Government caps weekly hours at 42 for critical healthcare workers

Over 82,000 medical personnel to be exempted from 45-hour shift rule under the government’s move to protect frontline welfare

‘Even if I’m arrested or killed… the rally is still on’: Zamri Vinoth

Controversial preacher vows to press ahead with 'illegal houses of worship' rally despite threats of arrest

The soul of architecture cannot be coded, replaced by AI: experts

While Artificial Intelligence saves time, they said creativity and intention must come from humans

Related