HEADLINES

Prasarana tambah perkhidmatan waktu puncak, kekerapan tren sepanjang Ramadan

Mini bazar Ramadan serta jualan makanan dan minuman berkonspkan grab and go, turut akan dibuka di beberapa stesen LRT terpilih untuk memudahkan pengguna mendapatkan juadah berbuka puasa

4:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Operasi waktu puncak pagi dan petang bagi perkhidmatan rel serta bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) diselaraskan sepanjang Ramadan ini.

Menerusi kenyataannya, Prasarana memaklumkan, perubahan waktu puncak bermula esok itu membabitkan transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT), monorel KL dan bas, dengan merangkumi perkhidmatan di Lembah Klang serta Pulau Pinang sahaja.

Katanya, penyelarasan itu bukan sahaja akan memberi lebih keselesaan kepada pengguna serta memudahkan mereka ke destinasi masing-masing, tetapi juga melancarkan perjalanan dengan penambahan dan peningkatan kekerapan tren.

“Waktu puncak operasi pagi akan ditambah 30 minit, iaitu bermula jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi, berbanding waktu sekarang iaitu dari jam 7.00 pagi hingga 9.30 pagi.

“Manakala operasi pada waktu puncak petang ditambah satu jam tiga puluh minit bermula dari jam 4.00 petang hingga 8.00 malam, berbanding 5.00 petang hingga 7.30 petang waktu sekarang,” katanya.

Prasarana berkata, inisiatif itu diharap menggalakkan orang awam untuk menggunakan pengangkutan awam, sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya.

Menurutnya, bagi waktu puncak operasi perkhidmatan Rapid Bus di Lembah Klang dan Pulau Pinang, termasuk bas perantara MRT, operasi waktu puncak pagi adalah dari jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi.

Ujarnya, waktu puncak petang bagi perkhidmatan bas itu adalah dari jam 4.00 petang sehingga 8.00 malam.

Manakala, katanya, operasi waktu puncak perkhidmatan Rapid Bus di Kuantan adalah seperti biasa.

Pada masa sama, Prasarana memaklumkan, anak syarikatnya, iaitu Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) akan membuka mini bazar Ramadan di tiga stesen LRT terpilih, iaitu Stesen LRT Pasar Seni, Stesen LRT Damai dan Stesen LRT Ampang Park.

Malah, katanya, terdapat juga jualan makanan dan minuman berkonsepkan grab and go di bazar rakyat sedia ada yang sesuai dijadikan juadah berbuka, seperti di Stesen LRT Sri Rampai, Stesen LRT Taman Melati dan Stesen LRT Gombak.

“Juadah ini akan mula dijual pada jam 3.30 petang hingga 7.30 malam. Kemudahan ini akan memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.

“Di kesempatan ini, Prasarana ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga Ramadan tahun ini memberi lebih keberkatan dan mendidik kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini,” katanya. – 11 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Reviving a fading voice: The fight to preserve Penang’s Hokkien heritage

Linguist leads grassroots effort to document and safeguard Hokkien as younger generations shift to Mandarin

Related