HEADLINES

Kecam kantin sekolah dibuka sepanjang Ramadan bukti pendirian PAS, PN tak serasi dengan Malaysia

Syahredzan Johan menggesa PAS dan PN untuk berhenti mempolitikkan kantin sekolah

10:42 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Yahaya mengecam pembukaan kantin sekolah sepanjang Ramadan membuktikan pendirian politik PAS dan Perikatan Nasional (PN) tidak serasi dengan negara pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, pemimpin pembangkang lebih cenderung mengeluarkan kenyataan yang memecahbelahkan masyarakat dan bukannya memupuk perpaduan.

“Tujuan dan niat pengumuman Menteri Pendidikan (Fadlina Sidek) tempoh hari adalah baik dan berpaksikan nilai kemanusiaan, jadi amatlah mendukacitakan apabila ada pemimpin PAS dan PN menjadikan perkara ini suatu polemik politik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Ahmad mengecam pengumuman Fadhlina bahawa kantin di semua sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan bagi memudahkan pelajar bukan beragama Islam untuk mendapatkan makanan ketika waktu rehat ‘keterlaluan’ dan kononnya tidak menghormati bulan Ramadan.

Ahmad yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat menyifatkan pengumuman tersebut sebagai keterlaluan dan kononnya tidak menghormati bulan Ramadan.

Mengulas lanjut, Syahredzan berkata, terdapat pelbagai sebab mengapa kantin wajar dibuka ketika Ramadan kerana di sesebuah sekolah, ada pelajar dan guru bukan Islam yang tidak berpuasa.

Malah katanya, untuk murid Islam walaupun mereka harus dididik berpuasa, tetapi bagi yang belum baligh mereka tidak diwajibkan berpuasa.

“Susulan itu, saya menggesa PAS dan PN untuk berhenti mempolitikkan kantin sekolah anak-anak kita. Perkara seperti ini tidak wajar dicemarkan dengan politik sempit mereka.

“Kita tidak seharusnya lupa mengenai insiden yang dilaporkan sebelum ini yang mana murid bukan Islam terpaksa makan di tandas sekolah dan tempat yang tidak sesuai sewaktu bulan puasa.

“Adakah pemimpin PAS seperti Datuk Ahmad Yahaya tidak mempunyai rasa belas kasihan untuk anak-anak ini?” soalnya. – 13 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related