◉ HEADLINES

SPRM tahan perunding syarikat kemuka tuntutan palsu lebih RM400,000

Menurut sumber, tuntutan itu dikemuka individu terbabit menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu kepada sebuah agensi kerajaan negeri

4:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang perunding syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM400,000.

Menurut sumber, tuntutan itu dikemuka individu terbabit menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu kepada sebuah agensi kerajaan negeri.

Katanya, suspek lelaki yang berusia 50an itu, dipercayai mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pembekalan mesin kepada usahawan, merangkumi dana Program Bantuan Industri Kecil Sederhana (BAIKS).

“Perbuatan berkenaan dilakukan suspek sekitar tahun 2023 sedangkan mesin tidak dibekalkan oleh syarikat suspek.

“Suspek ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Sabah,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy Y Subbiah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Ujarnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17 dan 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu esok bagi tujuan permohonan reman. – 13 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

‘Live well without overspending’: Malaysia 7th best country to retire for expats

Affordable and quality private healthcare, visa and housing options favour Malaysia in International Living’s index

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

◉ Related