◉ HEADLINES

Orang ramai dinasihat ambil makanan mengandungi karbohidrat kompleks sepanjang Ramadan

Pemakanan yang mengandungi gula putih baik untuk pengekalan tenaga, tetapi proses penguraiannya pantas, menyebabkan tenaga berkurangan dengan cepat

8:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihati mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks terutamanya ketika negara sedang dilanda fenomena El Nino bagi mengelak terkena strok haba sepanjang menjalani ibadah puasa.

Pensyarah Kanan Perubatan Jabatan Kesihatan Komuniti Dr Suhainizam Muhamad Saliluddin berkata pengambilan makanan daripada kandungan itu seperti buah kurma akan terurai secara perlahan sekali gus menyebabkan tempoh kenyang lebih lama berbanding pengambilan gula putih.

“Pemakanan yang mengandungi gula putih baik untuk pengekalan tenaga, tetapi apabila satu hingga dua jam selepas sahur, tenaga berkurangan akibat proses penguraian yang pantas,” katanya pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV hari ini.

Beliau berkata strok haba adalah penyakit disebabkan kepanasan melampau yang didahului dengan kekejangan haba diikuti kelesuan haba yang antara lain berlaku apabila suhu badan meningkat, jantung berdenyut laju, pening atau sakit kepala dan keletihan melampau.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sebelum ini memaklumkan fenomena El Nino bermula pertengahan tahun lepas boleh berterusan sehingga pertengahan tahun ini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas isu tular menerusi media sosial berkaitan kurma yang dimakan bersama mentega, Dr Suhainizam berkata ia tidak boleh dijadikan amalan dalam pemakanan.

“Kurma bagus kerana mempunyai  gula kompleks, tetapi apabila digabungkan dengan mentega yang mengandungi lemak tinggi boleh mendatangkan masalah lain.

“… termasuklah yang tular tentang isu meminum air dengan meletakkan garam celtic, bahaya jika amaun yang ditambahkan dalam minuman tidak tepat, akan menyebabkan terjadinya masalah lain,” katanya. – 16 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Southern Tigers ready to do what it takes to keep Bergson in JDT

The 34-year-old Brazilian is currently being targeted by Sport Club do Recife from Brazil’s top football league

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related