HEADLINES

Ini bukan nakal tapi melampau: Netizen berang budak panjat ibu ketika solat, pukul kepala jemaah lain

Perangai buas kanak-kanak itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas insiden pakcik baju biru jatuh terlentang di masjid kerana kerusi digunakan untuk solat dialihkan, tular pula gelagat seorang kanak-kanak lelaki memanjat belakang seorang wanita dipercayai ibunya ketika sedang solat tarawih bersama jemaah lain.

Lebih memeranjatkan kanak-kanak dalam video berdurasi 35 saat itu turut memukul kepala jemaah yang duduk bersebelahan ibunya.

Tidak lama kemudian, dia dilihat memukul belakang ibunya sebelum bertindak memanjat belakang jemaah yang dipukulnya sebelum itu.

Perangai buas kanak-kanak itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mencadangkan agar ibu bapa tidak membawa anak ke masjid sekiranya gagal mengawal tingkah laku anak mereka.

“Maaf, kalau dapat kat aku memang kena tampar. Anak buas macam beruk tolonglah jangan bawa pergi masjid. Buat tarawih di rumah jelah kalau tak ada orang jaga,” kata @feeragreen.

“Kalau tahu anak nakal atau tak boleh behave (duduk diam), duk rumah je, nanti dah besar atau berakal sikit bawalah kat masjid, kesian orang lain. Ni lempang, ada yg kene tarık seluar, selipar hilang, kes terbaru kene slip disc sebab tarık kerusi pakcik tengah solat,” kata @Ha_iril.

“Budak ni dah besar. Kalau anak aku macam ni, kau siap. Aku tengah-tengah solat boleh berhenti tarik kau keluar lepastu memang kenalah dengan aku,” kata @munahdali.

Pada masa sama, rata-rata netizen turut kecewa dengan tindakan individu yang merakam kejadian tersebut sambil jelas kedengaran suaranya tergelak-gelak melihat gelagat kanak-kanak itu.

“Aku lagi marah yang tukang rakam. Kalau aku jadi makcik telekung kuning memang aku baca surah tu suara aku jadi keras sikit. Habis je tahiyat mau semua kena sambung solat jenazah dua orang sekali aku kerjakan,” kata @Perempuanpsycho.

“Eloklah yang merakam tu syok gelak. Apa benda yang lawaknya pun tak tahulah. Dah nampak budak tu dok hempok dan bergayut dekat orang tengah solat tu halanglah. Pentinglah lagi rakam demi buat content (kandungan). Cerdik,” kata @user1909_.

“Yang rakam pun tolonglah tarik budak tu. Apa fungsi nak rakam? Marah betulah aku tengok,” kata @aawaatiff. – 17 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related