HEADLINES

Stoking kalimah Allah: Perkara sensitif libatkan umat Islam sukar dimaafkan, kata Mohd Na’im

Polis, Jakim serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan menjalankan siasatan niat di sebalik perbuatan itu

10:47 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar meminta umat Islam di negara ini bertenang dan memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa menyiasat isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di rangkaian kedai serbaneka KK Mart.

Beliau berkata, pihak polis, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca, pihak yang bertanggungjawab selain niat di sebalik perbuatan itu.

“Saya rasa sedih dan dukacita dengan apa yang berlaku. Kita berada dalam bulan Ramadan, ada yang menyatakan jangan terlampau sensitif dengan isu Allah letak di stoking tetapi ini tidak boleh (dibiarkan).

“Allah ini satu kalimah yang sangat tinggi di mata orang Islam. Allah adalah pencipta kita dan perbuatan meletakkan Allah di kaki adalah satu penghinaan yang tidak boleh kita remehkan,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Program Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di sini hari.

Beliau berkata, walaupun pihaknya sudah menerima surat permohonan maaf daripada KK Mart, Jakim telah diarah memanggil wakil pengurusan syarikat itu untuk berbincang dan membantu siasatan bagi memastikan insiden khianat sedemikian tidak berulang.

“Kemaafan itu seperkara tetapi yang pastinya kita harap pada masa hadapan, KK Mart tidak ambil remeh tentang perkara sebegini dan mana-mana jabatan audit perlu tengok dahulu barang yang dibawa masuk.

“Perkara sensitif susah nak dimaafkan. Diharap KK Mart dan pemborong serta penjual lain harus mengambil iktibar dengan apa yang berlaku. Ia sangat sensitif, kena beri ruang kepada umat Islam (untuk memaafkan perbuatan ini),” katanya.

Sebelum ini, tular gambar stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway selepas ia dimuat naik oleh pengguna di media sosial sejak 13 Mac lepas.

Semalam, pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Chai Kee Kan tampil memohon maaf. – 17 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Brunei’s DPMM FC returns as invited team for 2025–26 Super League season

MFL confirms DPMM FC’s participation with FIFA approval as 14 clubs line up for new season under stricter financial rules

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

Related