‘Sanusi pakai baju label KK Mart pada 2023, bukan sekarang’, pegawai perjelas kontroversi

Acara berkenaan adalah kejohanan nasional dan diadakan pada 17 September 2023

4:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memakai baju t dengan label KK Mart semasa merasmikan satu kejohanan ragbi pelajar di UUM Sintok, pada tahun lepas dan bukan acara terkini.

Justeru, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah itu, Muhamad Mat Yakim menyifatkan tindakan menularkan kembali gambar beliau memakai baju itu sebagai kerja jahil dan jahat di bulan puasa ini.

Jelasnya, acara berkenaan adalah kejohanan nasional dan diadakan pada 17 September 2023.

Beliau turut mempersoalkan seolah-olah Sanusi boleh meramalkan apa yang berlaku pada masa depan.

Justeru, tegasnya, ketika itu adakah Sanusi perlu menolak jemputan untuk merasmikan kejohanan ragbi yang melibatkan KK Mart.

“KK Mart adalah sebuah kedai rangkaian serbaneka yang kita pun tak pernah terfikir apa kesalahan akan dilakukannya pada masa depan.

“Masa itu tidak ada siapa pun tahu bahawa suatu hari nanti akan timbul isu KK Mart akan jual stoking yang bertulis nama Allah.

“Lagi pun kedai KK Mart tidak ada pun di Kedah (setakat yang saya tahu) dan hampir kesemua di Lembah Klang sahaja,’’ demikian tulisnya dalam Facebook, hari ini.

Baru-baru ini tular gambar Sanusi memakai baju berlabel KK Mart hingga mencetuskan kemarahan ramai, seolah-olah beliau tidak sensitif dengan keadaan semasa.

Pengendali KK Mart sebelum ini membuat permohonan maaf di atas kesilapan penjualan stoking tertera kalimah Allah di outletnya di Bandar Sunway.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah pula memaklumkan polis menerima 36 laporan berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai-kedai serbaneka KK Mart. – 18 Mac, 2024

Topics

Hangat

Specify crucial years for asset declaration: Mirzan, Mokhzani tell MACC

Tun Dr Mahathir Mohamad's sons, facing difficulties obtaining records spanning 43 years, say many documents impossible to obtain as they no longer exist

Speedy Tigers need performance/technical director to reach their peak after finishing fourth: Sarjit

National team fell 3-2 to New Zealand at today’s third-and-fourth place classification match

​​South Korea gears up for Nations Cup after Sultan Azlan Shah Cup disappointment

The Koreans finished fifth in this year's tournament, after beating Canada 4-1 in today’s match

Related