HEADLINES

Agong murka, mahu tindakan sekeras-kerasnya dalam isu stoking kalimah Allah

Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, sama ada ia diimport atau dikeluarkan di kilang tempatan, saya mahu penguatkuasa siasat dan ambil tindakan sekeras-kerasnya mengikut lunas undang-undang

3:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.

Justeru baginda mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu ini berdasarkan siasatan pihak berkuasa.

“Kalimah Allah itu dipandang sangat tinggi pada sanubari umat Islam, tambahan pula kita berada di bulan Ramadan. Tidak patutlah timbul perkara yang membangkitkan kemarahan.

“Saya baru sahaja menegur dan mengingatkan akan kepentingan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan menghormati antara satu sama lain dalam titah sulung saya di Parlimen, timbul pula perkara ini.

“Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, sama ada ia diimport atau dikeluarkan di kilang tempatan, saya mahu penguatkuasa siasat dan ambil tindakan sekeras-kerasnya mengikut lunas undang-undang yang ada supaya pisang tidak berbuah dua kali,” titah baginda.

Ketika berangkat ke Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Parlimen bulan lalu, baginda mengingatkan semua lapisan masyarakat supaya menjaga keharmonian negara dan tidak memainkan isu sensitif melibatkan agama, kaum dan Raja-Raja.

Polis ketika ini sedang menjalankan siasatan berhubung isu stoking dicetak dengan perkataan Allah yang dijual di sebuah cawangan kedai rangkaian serbaneka, KK Mart.

Setakat ini, 42 laporan polis dibuat di seluruh negara.

Siasatan ke atas kes itu akan diteruskan walaupun syarikat pasar raya itu sudah memohon maaf dan menarik balik semua stok stoking itu.

Pada Sabtu, Pengasas KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart), Datuk Seri Dr KK Chai menerusi sidang media, memohon maaf berhubung isu terbabit.

Jelasnya, stoking itu diimport dari China dan antara 1,200 pasang yang memiliki rekaan berbeza.

Beliau mengakui tidak melakukan pemeriksaan penuh ke atas setiap pasang stoking itu, namun menegaskan daripada 800 cawangan KK Mart di seluruh negara, hanya tiga cawangan yang menjual stokin dan 14 pasang sahaja mempunyai ‘Allah’.

Dalam ada itu, baginda bertitah adalah tidak masuk akal sebuah syarikat dengan kakitangannya terdiri daripada warganegara Malaysia tidak peka dengan perkara sedemikian.

“Sudah sekian lama kita hidup dalam sebuah negara majmuk. Kesilapan isu agama dan kaum sebegini tidak boleh diterima dan dibenarkan untuk berlaku lagi,” tegas baginda. – 19 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related