HEADLINES

Syabas MAINJ, polis ambil tindakan isu stoking kalimah Allah: Tunku Mahkota Ismail

Polis telah merampas lima pasang stoking tertera kalimah Allah dalam serbuan dan pemeriksaan menyeluruh di sebuah kilang di Taman Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat

9:06 AM MYT

 

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan syabas kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Polis Diraja Malaysia atas tindakan yang telah diambil berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang tular, baru-baru ini.

“Syabas. Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Polis Diraja Malaysia Kontinjen Johor sudah mengambil tindakan,” menurut hantaran di laman Facebook Pemangku Sultan Johor hari ini.

Terdahulu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, memaklumkan bahawa tindakan tegas dan hukuman yang seadilnya hendaklah dikenakan ke atas mereka yang bertanggungjawab mencemarkan kemuliaan nama Allah, tambahan lagi ia berlaku pada bulan Ramadan yang mulia.

“Saya akan memastikan segala kekuatan perundangan berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 juga Perlembagaan Persekutuan serta Enakmen dan undang-undang yang berkuat kuasa ketika ini dapat dikuatkuasakan bagi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan yang sewajarnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar dalam kenyataan berasingan berkata, polis telah merampas lima pasang stoking tertera kalimah Allah dalam satu serbuan dan pemeriksaan menyeluruh di sebuah kilang di Taman Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat.

Beliau berkata, kilang itu mendakwa stoking berkenaan telah diimport dari China dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A/505(B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“PDRM Johor menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related