HEADLINES

Sarung tangan berwarna kuning tak sesuai untuk pengendalian makanan: KKM

Pihak KKM tegur peniaga yang menggunakan sarung tangan industri ketika menyediakan makanan

5:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk tujuan pencucian dan tidak sesuai bagi pengendalian makanan.

Demikian tegas Kementerian Kesihatan (KKM) yang menasihatkan orang ramai untuk menggunakan sarung tangan bersesuaian ketika memasak bagi menjamin kebersihan makanan dan kesihatan.

Menerusi laman X, KKM memberitahu, sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.

“Bagi mengelakkan pencemaran, sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja,” katanya.

Menurut KKM, pihaknya ada menawarkan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan.

“Pihak industri boleh memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk yang dipersijilkan,” katanya.

Terdahulu KKM memberi maklum balas kepada tindakan peniaga yang menggunakan sarung tangan berwarna kuning dalam pengendalian makanan yang dilihat tidak bersesuaian.

Ia turut mendapat maklum balas pengguna yang kebanyakannya mahu peniaga memasuki kelas atau latihan mengenai pengendalian keselamatan yang selamat.

Malah ada juga yang mengatakan sarung tangan industri itu sesuai untuk digunakan ketika membersihkan tandas. – 20 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related