Stoking ‘jenama’ Allah: Ambil tindakan tegas, segera

Perdana Menteri juga mahu semua pihak tidak terperangkap dengan isu-isu ini yang berpanjangan

9:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tegas dan segera perlu diambil bagi menyelesaikan isu penghinaan terhadap Islam terutama terkait isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart baru-baru ini.

Malah tegas beliau, apa juga keputusan mengenai isu berkenaan perlu mengikut jalur hukum dan mengingatkan semua pihak agar tiada lagi penghinaan terhadap agama, apatah lagi agama Islam selepas ini.

“Pandangan saya jelas, ada laporan, ada keterlanjuran, mesti ada tindakan segera, kemudian keputusan ikut jalur hukum dan maju terus.

“Mengapa kita terperangkap dengan isu-isu ini yang berpanjangan? Ada laporan, ambil tindakan, jangan ada penghinaan terhadap agama, apatah lagi Islam.

“Jadi jangan kita terus-menerus dengan perbincangan ini seolah-olah satu malapetaka dan besar dalam negara. Ambil tindakan tegas, segera dan kita harus maju dalam lapangan yang hendak kita terokai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa Madani di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri yang tiba pada jam 6.57 petang dengan lengkap berbaju Melayu itu disambut isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. 

Sebanyak 200 pengamal media cetak, elektronik dan dalam talian daripada lebih 70 agensi media tempatan termasuk Sabah dan Sarawak, kelab media tempatan dan antarabangsa serta veteran media diraikan dalam majlis berkenaan.

Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada 20 petugas media dan bekas petugas yang sedang mengalami keuzuran kesihatan serta kurang berkemampuan.

Dalam pada itu, Anwar yang ditanya mengenai pertikaman lidah antara pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan mengenai isu tersebut berkata, dalam kerangka badan politik yang bebas dan demokratik tidak boleh mengikut sistem walak.

“Dalam parti, walak yang mengekang pemikiran bebas, ia tidak mengizinkan (perbezaan pendapat). Kita (Kerajaan Perpaduan) membolehkannya, cuma nasihat saya jangan terlanjur atau jangan ikut pemikiran sempit masing-masing.

“Masalah ada, tindakan diambil dan maju terus. Apa bentuk hukuman pun, jangan hukuman yang melampau. Ada orang melakukan kesalahan sebagaimana kita juga melakukan kesalahan, kadang-kadang kecuaian.

“Jadi janganlah ikut sampai seolah-olah mendera orang lebih daripada sepatutnya,” tegas beliau.

Kenyataan beliau itu dipercayai merujuk kepada pertikaman lidah antara pemimpin Umno dengan MCA dan DAP berhubung isu kalimah Allah itu.

Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengesahkan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri KK Chai antara lapan individu yang dirakam keterangan oleh polis semalam, bagi siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Menurut JSJ, mereka dipanggil untuk diambil keterangan pada jam 12.30 tengah hari semalam.

Menurutnya, setakat ini 80 laporan polis diterima di seluruh negara berkait isu itu setakat 12 tengah hari ini.

Baru-baru ini Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menegaskan, pihaknya tidak akan berganjak dengan pendirian menggesa umat Islam untuk terus memboikot kedai rangkaian serbaneka, KK Mart susulan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di premisnya.

Beliau berkata, malah tindakan memboikot itu akan lebih giat dilakukan apabila terdapat pihak yang menyokong supaya ia tidak dikenakan atas premis berkenaan.

Akmal sebelum ini memberi amaran kepada Ketua Whip DAP Parlimen, Nga Kor Ming bahawa beliau tidak gentar dengan kenyataan pemimpin itu yang mendakwa, tindakannya mempertahankan kalimah Allah dengan memboikot KK Mart adalah hasutan. – 20 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Dangdut star Baby Shima, lampoonist Zunar unite to expose religious hypocrisy in new single

In an unexpected collaboration, local dangdut star Baby Shima and political cartoonist Zunar have teamed up for a new music single titled Cari-Cari Salah (Finding Faults).

Related