◉ HEADLINES

Prabowo sah ganti Jokowi, Gibran Naib Presiden Indonesia

Prabowo-Gibran menang di 36 wilayah, dan dua lagi wilayah dimenangi Anies-Muhaimin

9:04 AM MYT

 

JAKARTA – Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) mengumumkan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden dan Naib Presiden (Pilpres) 2024.

Berdasarkan kiraan undi di 38 wilayah Indonesia dan 128 pusat pengundian di luar negara, Prabowo-Gibran mendapat 58.6% atau 96,214,691 daripada 164,227,475 undi, menurut pengumuman KPU malam tadi.

Pesaing mereka, pasangan Anies Baswedan–Muhaimin Iskandar memperolehi 24.9% atau 40,971,906 undi, manakala Ganjar Pranowo-Mahfud MD mendapat 16.5% atau 27,040,878 undi.

Hasil rumusan KPU menunjukkan Prabowo-Gibran menang di 36 wilayah, dan dua lagi wilayah dimenangi Anies-Muhaimin.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Ketua KPU, Hasyim Asy’ari seperti yang disiarkan melalui platform rasmi sosial medianya.

“Pesta Demokrasi” di negara demokrasi ketiga terbesar di dunia pada 14 Februari dibuat untuk menentukan pengganti Presiden Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi yang menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada Oktober. – 21 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related