HEADLINES

Doktor di Gaza kini berjuang dalam keadaan dahsyat: Anak aktivis BDS Malaysia

Hafiz Azman gunakan pentas Independent Games Festival di San Franscisco mengenai nasib doktor di Gaza yang berjuang menyelamatkan nyawa

9:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ucapan ringkas anak lelaki kepada salah seorang aktivis Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia ketika diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Excellence in Audio di 2024 Independent Games Festival (IGF) Awards mendapat perhatian dan tepukan gemuruh para hadirin.

Berlangsung di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) semalam, Hafiz Azman dari 7th Beat Games yang mencipta Rhythm Doctor menggunakan pentas itu bagi mengenang nasib, jasa dan pengorbanan barisan doktor di Gaza, Palestin.

Hafiz Azman ketika memberi ucapan selepas diumum sebagai pemenang bagi kategori Excellence in Audio di 2024 Independent Games Festival (IGF) Awards, di San Francisco, Amerika Syarikat. – Gambar tangkap layar, 21 Mac, 2024

“Terima kasih ibu bapa saya, maaf saya bukan doktor yang sebenar. Namun sementara kita berada di sini, kami ingin mengingati doktor sebenar di Gaza yang berjuang menyelamatkan nyawa (penduduk Gaza) dalam keadaan yang sangat dahsyat.

“Kalian (doktor) adalah degupan jantung kami,” katanya.

IGF diadakan bersempena Game Developers Conference (GDC) yang berlangsung dari 18 sehingga 22 Mac.

Festival itu memberi tumpuan kepada permainan terbaik yang dicipta oleh pasukan kecil dengan bajet yang rendah.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli dalam laman X mengucapkan tahniah kepada Hafiz dan 7th Beat Games atas kejayaan tersebut.

“Tahniah atas kejayaan tersebut dan tahniah kerana menggunakan kesempatan itu untuk memperingati para doktor di Gaza,” katanya.

BDS Malaysia merupakan pertubuhan yang lantang memperjuang nasib penduduk Palestin yang sekian lama dizalimi rejim zionis.

Baru-baru ini pertubuhan itu disaman McDonald’s Malaysia yang menuntut BDS Malaysia supaya mengeluarkan permohonan maaf atas kenyataan berunsur fitnah.

Kempen boikot produk tersebut dilancarkan BDS Malaysia bermula selepas 7 Oktober tahun lalu, apabila gambar askar Israel sedang menikmati hidangan McDonald’s tular di media sosial.

Bagaimanapun, McDonald’s Malaysia, yang beroperasi di sini sejak 1982 berkata, pihaknya sentiasa telus dan konsisten dalam komunikasinya dan tidak menyokong atau membenarkan konflik semasa di Asia Barat.

Operasi McDonald’s di sini dikendalikan oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd yang pada 2017 diambil alih sepenuhnya oleh syarikat Reza Group dari Arab Saudi dan rakan kongsi perniagaan tempatan. – 21 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related