HEADLINES

Rafizi diminta teliti, jelaskan isu Padu kepada Jemaah Menteri minggu depan: PM

Ia susulan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengenai sistem itu

10:01 PM MYT

 

KUANTAN — Menteri Ekonomi Rafizi Ramli diminta memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri berhubung isu pendaftaran Pangkalan Data Utama (Padu) minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Anwar berkata ia susulan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengenai sistem itu. 

“Semalam saya sempat bincang dengan Premier Sarawak dan beliau menyuarakan beberapa kebimbangan serta membangkitkan beberapa persoalan.

“Sehubungan itu, Menteri Ekonomi diminta meneliti dan menjelaskannya kepada Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Kerajaan Negeri Sarawak agar pendaftaran dan kemas kini Padu di negeri itu ditangguhkan. 

Perdana Menteri ditemui pemberita selepas mengadakan jelajah mesra di Bazar Ramadan Mahkota Square di sini hari ini, yang turut disertai Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. 

Media hari ini melaporkan Kementerian Ekonomi akan mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak minggu depan bagi membincangkan isu pendaftaran Padu.

Rafizi berkata arahan penangguhan pendaftaran Padu itu adalah bagi membolehkan Sarawak memperoleh penjelasan daripada Kementerian Ekonomi berdasarkan beberapa pandangan susulan mesyuarat Kabinet negeri.

Mengulas permintaan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sempena Aidilfitri ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pihaknya telah meluluskan insentif RM2,000 kepada penjawat awam sebelum ini. 

“Kita baru lulus RM2,000 pada tahun lepas, kemudian dalam beberapa bulan (nanti) kita akan luluskan skim persaraan (Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) untuk naikkan gaji, jadi kita kena lihat konteks itu,” katanya.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) baru-baru ini memohon agar tradisi bantuan khas perayaan yang dilaksanakan sepanjang 10 tahun lepas dikekalkan. – 23 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Related