Mangsa nahas konvoi motosikal di Johor adalah juara ‘Anugerah’ 2017 Singapura, bakal nikah Disember

Allahyarham sepatutnya menerima kunci rumah baharu bulan depan, yang terletak berhampiran rumah ibunya di Senja Road

1:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Salah seorang mangsa tragedi kemalangan kumpulan konvoi bermotosikal Singapura di Johor, Sabtu lalu, adalah juara rancangan pencarian bakat ‘Anugerah’ pada 2017, Mohd Shahfiq Irman.

Allahyarham juga adalah peserta ‘SG Mania’ musim ketiga anjuran Mediacorp Suria.

Menerusi akaun di media sosial, Mediacorp berkata, Shahfiq akan dikenang sebagai seorang dan berdedikasi dan memiliki suara yang sedap.

Sementara itu, ibu Allahyarham, Norris Sanat terkilan kerana tidak sempat melihat anaknya mendirikan rumah tangga pada Disember ini.

Norris, 48, berkata, Allahyarham sepatutnya menerima kunci rumah baharu bulan depan, yang terletak berhampiran rumahnya di Senja Road.

Ketika kejadian, Shafiq berkonvoi dengan enam rakannya untuk bersahur di Johor, malah katanya, Shafiq dan rakan-rakan selalu turun ke seberang tambak untuk minum kopi.

“Dia paling rapat dengan saya… setiap hari dia akan telefon saya sekurang-kurangnya dua kali semasa di tempat kerja,” katanya kepada Berita Minggu Singapura.

Antara keluarga dan rakan-rakan yang menghadiri upacara pengebumian Shahfiq di Pusara Aman, Singapura, pagi tadi. – Gambar Mediacorp, 24 Mac, 2024

Dalam kejadian itu, dua lelaki warga Singapura maut manakala empat lagi cedera parah selepas kumpulan konvoi bermotosikal mereka dirempuh sebuah lori kontena di lorong kecemasan di Kilometer 111.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara antara Yong Peng-Pagoh.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, akibat kemalangan itu, Mohamad Firman Nordin, 26, dan Shahfiq, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk bedah siasat.

Jenazah dikebumikan di Pusara Aman, Singapura, pagi tadi. – 24 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Casino a practical source of charity funds, no threat to faith, Tawfik Ismail tells Johor MB

Son of Tun Dr Ismail Abdul Rahman cites work of Noah Foundation using profits from Genting

Zus Coffee in hot water over ‘one-off activity’ with under-boycott Adidas

Coffee chain company issues apology and says it was not a collaboration, vowing to be more careful and asserting it 'unequivocally condemns any acts of violence against humanity'

Related