HEADLINES

SC arah Quantum Metal Exchange Inc hentikan tawaran saham kepada orang awam

Tawaran saham QMEI yang sedang berjalan, melanggar keperluan berkaitan di bawah undang-undang sekuriti

1:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengarahkan Pengasas dan Pengarah Quantum Metal Exchange Inc (QMEI), Datuk Lim Khong Soon @ Lim Hock Seng untuk segera menghenti dan menamatkan penawaran saham QMEI kepada orang awam.

Menurut pengawal selia itu, arahan henti dan tamat tersebut dikeluarkan berikutan penemuan SC bahawa QMEI menawarkan sahamnya kepada masyarakat awam Malaysia, termasuk melalui laman web/platform Quantum Metal Sdn Bhd (QMSB) kepada ahli QMSB.

“Tawaran saham QMEI yang sedang berjalan, melanggar keperluan berkaitan di bawah undang-undang sekuriti.

“Ini dilakukan tanpa mendapatkan pengiktirafan dan mendaftarkan dokumen pendedahan dengan SC, yang melanggar Seksyen 212 (5) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Oleh yang demikian, SC juga telah meletakkan QMEI dengan butiran berkaitannya pada Senarai Makluman Pelabur SC http://www.sc.com.my/investor-alert. – 24 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related