◉ HEADLINES

SPRM tahan pegawai kanan polis disyaki lindungi kegiatan haram di ibu kota

Pemeriksaan SPRM ke atas beberapa premis milik pegawai kanan tersebut berjaya menemukan wang tunai berjumlah lebih RM2 juta

3:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang pegawai kanan polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara.

Menurut sumber, pegawai kanan yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata pemeriksaan SPRM ke atas beberapa premis milik pegawai kanan tersebut berjaya menemukan wang tunai berjumlah lebih RM2 juta.

“Suspek direman tiga hari bermula hari ini,” menurut sumber berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan penangkapan berkenaan. – 24 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related