◉ HEADLINES

Sayu! Waris meraung lihat pemandu Proton Wira terperosok bawah treler, ‘Itu ayah kau Man…’

8:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Raungan pilu seorang wanita dipercayai waris kepada pemandu Proton Wira yang maut dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang di Jasin, Melaka pagi tadi mengundang sebak netizen.

Menerusi rakaman yang tular di aplikasi X, wanita berkenaan meraung kepada ahli keluarganya, mempersoalkan cara pemanduan pemandu treler terbabit.

“Dia bawa lori macam mana Man? Itu ayah kau Man… ayah kau. Kenapa dia bawa bawa lori macam tu, dia tak tengok orang ke?” katanya.

Dalam video itu juga, kelihatan beberapa anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan pemandu Proton Wira berwarna kuning yang terperosok di bawah treler terbabit.

Terdahulu, media melaporkan pemandu bas kilang maut selepas kereta dipandunya berlanggar dengan sebuah treler dan terperosok di bawah kenderaan berat itu di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang di Jasin, Melaka, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, dalam kejadian jam 7.24 pagi itu, mangsa, Ahmad Johari Mohamad Nin, 48, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati treler dipandu lelaki berusia 60 tahun itu dari arah kilang kaca menuju ke jalan besar menghala Lipat Kajang.

“Sejurus tiba di simpang, treler itu keluar dan pada masa sama datang kereta Proton Wira dipandu mangsa dari arah Lipat Kajang menghala ke kilang kaca gagal mengelak lalu merempuh bahagian tengah treler terbabit.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat,” katanya.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – 25 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

◉ Related