HEADLINES

Kes pengantunan seksual pelajar: Guru diingat terap nilai murni seorang pendidik

Guru sepatutnya mempunyai nilai-nilai sebagai seorang pendidik, manakala pelajar pula harus mengutamakan pelajaran

9:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengingatkan pendidik supaya sentiasa berpegang kepada kemuliaan profesion perguruan agar dapat memberi contoh terbaik kepada pelajar serta generasi masa hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, peringatan itu antara perkara yang sering dibincangkan menerusi Majlis Sosial Negara (MSN) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

“Kementerian lain bertanggungjawab dan ada tindakan displinnya. Tapi kalau ia di bawah kita (KPWKM) mudah untuk saya nak beri provision (peruntukan), tapi tidak ada bawah provision (kes tidak tertakluk bawah KPWKM).

“Sebab itu kita ada MSN yang dipengerusikan TPM1 (Zahid) kerana kerisauan kita lebih kepada keadaan sosial dalam negara dan ia merangkumi perkara seperti ini.

“Yang jadi tenaga pengajar itu sepatutnya mempunyai nilai-nilai sebagai seorang pendidik, begitu juga kepada anak-anak ini (utamakan pelajaran),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Kumpulan Sasar KPWKM dengan kerjasama 99 Speedmart di Rumah Seri Kenangan, di sini hari ini.

Menurut beliau, banyak program diadakan MSN bertujuan memberi tunjuk ajar kepada pelajar agar sentiasa memberikan tumpuan terhadap pembelajaran, bukannya terlibat melakukan gejala sosial.

“Kita (KPWKM) sentiasa berkongsi dengan kementerian lain untuk perbaiki keadaan sosial negara kita dan ini termasuk memantau media sosial dan keadaan remaja (pelajar).

“(Pelajar) sepatutnya meneruskan pembelajaran, bukannya buat kerja lain,” katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan daripada keluarga remaja lelaki berusia 17 tahun yang didakwa menjalin hubungan dengan gurunya yang berusia 37 tahun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, laporan polis dibuat Disember tahun lalu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Individu yang mendakwa sebagai saudara mangsa menggunakan media sosial untuk meluahkan perasaannya berhubung kes itu.

Dalam luahannya di aplikasi X itu, dia memberitahu, ibu mereka sudah membuat laporan polis serta laporan berasingan kepada Pejabat Pendidikan Daerah.

Walaupun guru itu dipindahkan ke sekolah lain, mereka mendakwa guru terbabit dan adiknya masih berhubung dan pernah bertemu di pantai secara rahsia.

Bagaimanapun, dia kemudian menurunkan hantaran itu, yang menjadi tular. – 25 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related