Puad diam! Penggunaan Padu belum bermula, bagaimana boleh dianggap gagal?: AMK

Kejayaan atau kegagalan Padu hanya boleh dinilai melalui keberkesanan agihan subsidi bersasar

10:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi yang mendakwa kononnya Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) gagal adalah tidak berasas dan mempamerkan ketidakfahaman beliau terhadap konsep pelaksanaan subsidi bersasar.

Menganggap kenyataan itu sebagai pramatang, Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar Ishak berkata, ia kerana kejayaan atau kegagalan Padu hanya boleh dinilai melalui keberkesanan agihan subsidi bersasar.

Katanya, penilaian itu akan dilaksanakan berdasarkan pergantungan terhadap Padu sama ada berupaya meminimumkan ‘inclusion’ dan ‘exclusion error’ atau tidak.

“Puad shut up (diam)!, Penggunaan Padu belum bermula, bagaimana boleh dianggap gagal?

Haziq Azfar Ishak berkata, cabaran terbesar pelaksanaan subsidi bersasar yang adil hanya boleh dilaksanakan melalui pengwujudan pangkalan data mengintegrasikan semua data agensi kerajaan, bagi memastikan ‘near real time’ data (data masa nyata) – Gambar Facebook, 26 Mac, 2024

“Hakikatnya, konsep subsidi bersasar ini sudah lama dibincangkan sejak pentadbiran Perdana Menteri keenam (Datuk Seri Najib Razak) lagi, sehinggalah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2018 hingga 2020.

“Tetapi cabaran terbesar pelaksanaan subsidi bersasar yang adil hanya boleh dilaksanakan melalui pengwujudan pangkalan data mengintegrasikan semua data agensi kerajaan, bagi memastikan ‘near real time’ data (data masa nyata),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Haziq Azfar berkata, kenyataan tanpa pengisian dilontarkan Puad tidaklah mengejutkan kerana keghairahan beliau berkali-kali melakukan serangan terbuka terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

“Serangan ini menunjukkan ketidakpuasan hatinya pada sosok individu, bukannya isu atau permasalahan sebenar yang mahu dibangkitkannya.

“Sangat wajar supaya beliau dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Rafizi jika terus melakukan serangan terbuka sebegini,” katanya sinis.

Terdahulu, Puad menerusi Facebook berkata, formula digunakan Rafizi menerusi Padu memberi gambaran kegagalan Menteri Ekonomi itu.

“Rafizi dikaitkan dengan ‘raja formula’ gagal. Formula dia semua tidak menjadi. Padu itu Rafizi, Rafizi itu Padu. Padu dilihat gagal.

Terdahulu, Datuk Mohd Puad Zarkashi menerusi Facebook berkata, formula digunakan Rafizi Ramli menerusi Padu memberi gambaran kegagalan Menteri Ekonomi itu – Gambar Facebook, 26 Mac, 2024

“Itu sebab PMX minta Rafizi perjelas isu Padu kepada Kabinet. Kerajaan Sarawak secara terbuka negatif pada Padu. Ia ibarat telanjangkan diri kata seorang menteri Sarawak,” katanya.

Pada masa sama, Puad berkata, Padu gagal disebabkan sistem kerjanya tidak berjaya.

“Komunikasi gagal dan imej Rafizi yang gagal. Apakah ‘delivery system’ kebajikan rakyat akan terencat dan tambah kucar-kacir?” katanya.

Kerajaan melancarkan sistem Padu pada 2 Januari lalu untuk rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas membuat pendaftaran dan mengemas kini maklumat individu secara sukarela.

Sistem itu bukan sahaja diharap membantu usaha kerajaan membasmi kemiskinan tegar di negara ini, tetapi juga bagi menghentikan ketirisan dan kebocoran, sekali gus memastikan hanya mereka yang berhak dapat menikmati subsidi serta manfaat lain menerusi penyasaran subsidi berkesan.

Bagaimanapun, timbul beberapa dakwaan kononnya sistem itu tidak selamat, digodam dan mendedahkan maklumat peribadi individu, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai risiko penipuan pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan memberi jaminan terhadap keselamatan sistem Padu dan berdasarkan perbincangan bersama beberapa pihak termasuk Cybersecurity Malaysia, pangkalan data utama itu tidak mempunyai apa-apa masalah kebocoran data. – 26 Mac, 2024

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Controversy continues: Akmal detained upon arrival at Kota Kinabalu airport

Announcing his detention on Facebook today, Umno Youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh said he will not budge from his stand over the “Allah”-printed sock issue.

Fuad has no right to intervene in Sabah 40% special grant case: Kitingan

Deputy CM asserts that the lawyer has no authority to speak for state govt as he was not appointed

Related