HEADLINES

‘Pakcik dah tak ada, tak dan nak pakai baju raya’, penghantar barang sebak kejutan anak buat bapanya tak kesampaian

Sewaktu tiba di rumah pelanggan, isteri kepada pakcik tersebut mengambil bungkusan berkenaan dan memaklumkan suaminya sudah meninggal dunia

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Niat seorang anak mahu membuat kejutan istimewa dengan menghadiahkan baju raya kepada bapanya tidak kesampaian apabila bapanya itu meninggal dunia tengah hari semalam.

Kisah sedih itu dikongsi seorang pemuda yang menghantar bungkusan baju raya itu ke kediaman pakcik tersebut yang terletak di Perlis.

“Cerita sedih hari ini. Aku hantar parcel baju raya dekat rumah customer (pelanggan) ni. Anak dia duduk Penang belikan buat surprise (kejutan).

“Aku hantar petang, pakcik tu meninggal tengah hari. Gila terkilan aku. Aku call (hubungi) dia nak inform (maklumkan) dah hantar, dia tengah nangis dalam perjalanan balik Perlis,” katanya menerusi ciapan di aplikasi X.

Pemuda itu berkata, sewaktu tiba di rumah pelanggan, isteri kepada pakcik tersebut mengambil bungkusan berkenaan dan memaklumkan suaminya sudah meninggal dunia.

“Time (masa) hulur tu dia kata ‘pakcik dah tak da dah, tak dan nak tengok baju raya anak dia beli’.

“Aku mati enjin, duduk tepi jalan bawah pokok bagi tenangkan fikiran,” katanya.

Walaupun tidak mengenali pakcik tersebut, pemuda terbabit mengakui agak terkesan dengan nasib menimpanya.

“Masa berbuka tadi baru boleh hadam sikit. Sepanjang dok atas motor siang tadi otak serabut weh. Impact (kesan kejadian) tu tak rilek.

“Alhamdulillah, pakcik tu dah selamat (dikebumikan) dah tadi. Aku lalu depan rumah, masa balik tarawih tadi dah siap naik van jenazah. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Aamiin,” katanya.

Perkongsiannya itu turut mengundang sebak netizen dan mendapat lebih 16,000 tanda suka di aplikasi X.

“Meleleh air mata aku bro,” kata @Crynaux.

“Sedihnya jadi anak dia. Tapi bulan Ramadan ni pintu syurga terbuka luas untuk pakcik tu. Semoga roh dicucuri rahmat,” kata @Perempuanpsycho.

Sementara itu, seorang netizen yang mendakwa anak kepada pakcik tersebut menjelaskan bahawa bungkusan tersebut dihantar oleh kakaknya yang bekerja di Kuala Lumpur sebagai kejutan untuk bapa mereka.

“Rasanya yang awak hantar parcel tu rumah mak saya. Yang menangis tu (masa dihubungi) kakak saya. Dia dalam perjalanan balik dari KL masa tu,” katanya.

Dia turut menzahirkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan pemuda terbabit mengenai nasib menimpa bapanya.

“Apa-apa pun terima kasih ya. Jenazah selamat dikebumikan malam tadi dekat tanah perkuburan area sini juga (Perlis),” katanya. – 28 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Related