HEADLINES

Tragedi memancing, tiga beranak dihanyutkan arus deras

Menurut polis, mayat budak lelaki yang berusia 10 tahun itu sudah ditemui pada 7 petang tadi. Bagaimanapun mayat wanita dan anak perempuannya masih hilang

10:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Hasrat lima sekeluarga warga Indonesia untuk menambah pendapatan dengan memancing di sebatang sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, Seri Kembangan, tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka dihanyutkan arus deras petang tadi.

Dalam kejadian pada 4.45 petang itu, seorang lelaki berusia 40 tahun dan anak keduanya yang berusia sembilan tahun berjaya menyelamatkan diri.

Namun isterinya, 38, dan dua anak mereka yang berusia 10 dan empat tahun dihanyutkan arus deras selepas hujan lebat selama beberapa jam petang tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan pada sidang media di kawasan itu berkata, mayat budak lelaki yang berusia 10 tahun itu sudah ditemui pada 7 petang tadi.

Bagaimanapun mayat wanita dan anak perempuannya masih hilang.

“Mereka beberapa kali memancing di situ dan ikan-ikan itu dijual di pasar. Bagaimanapun tadi mereka berdiri di atas longkang monsun.

“Hujan lebat mengakibatkan air deras sekali gus menyebabkan konkrit simen yang dipijak menjadi licin hingga mereka terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan air.

“Lelaki terbabit dan salah seorang anaknya berjaya menyelamatkan diri dengan memanjat tebing,’’ katanya.

Anbalagan berkata, mayat budak lelaki itu ditemui kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan yang berada di situ.

Jelasnya, operasi menyelamat yang disertai bomba dan polis serta Rela itu terpaksa ditangguhkan esok pagi disebabkan faktor cuaca.

“Usaha menyelamat ini ditangguhkan sebab keadaan tidak mengizinkan kita akan sambung 7 pagi esok, harapan kita semoga mereka ditemui dalam keadaan selamat,’’ katanya. – 31 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related