◉ HEADLINES

Kes Pedofilia: Siasatan dijangka ambil masa sebulan: Polis Kelantan

Muhamad Zaki berkata siasatan akan dilakukan secara terperinci dan telus kerana ia melibatkan profesion seorang guru dan pelajar sekolah terbabit

6:10 PM MYT

 

KOTA BHARU – Siasatan berkaitan dakwaan seorang guru melakukan aktiviti pedofilia di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Tumpat dijangka mengambil masa selama sebulan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata hal ini kerana siasatan masih lagi pada peringkat awal dan berkemungkinan terdapat saksi-saksi lain yang berada di luar negeri ini.

Katanya siasatan tersebut juga akan menjurus kepada tohmahan yang dilemparkan kepada guru tersebut dan menyemak segala teks perbualan serta mesej daripada kedua-dua pihak kerana tidak mahu ada individu yang teraniaya.

“Sekarang ini kita sudah panggil empat saksi namun identiti mereka tidak boleh didedahkan kerana kes tersebut akan disiasat dengan lebih mendalam.

“Kita seru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat supaya tampil untuk bantu siasatan ini dan kita akan melihat sejauh mana kebenaran seperti yang didakwa oleh mangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata siasatan akan dilakukan secara terperinci dan telus kerana ia melibatkan profesion seorang guru dan pelajar sekolah terbabit.

Pada 28 Mac lepas, seorang individu menerusi media sosial mendakwa seorang guru di sebuah sekolah di Tumpat yang diketahui sebagai seorang pedofil masih mengajar di sekolah berkenaan. 

Bagaimanapun, guru terbabit yang dituduh melakukan perbuatan itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Tumpat dengan mendakwa dia difitnah.

Semalam, media melaporkan polis memanggil beberapa saksi termasuk pelajar dan guru berhubung kes berkenaan dan telah melihat segala kandungan di dalam telefon pihak yang terlibat seperti perbualan telefon dan aplikasi WhatsApp.

Siasatan akan dilakukan  mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan. – 1 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related