HEADLINES

Makanan bazar Ramadan tercemar, peniaga terima 82 kompaun DBKL

Sebanyak 1,060 sampel makanan daripada 2,404 peniaga diambil untuk dihantar ke makmal, dan 11.9% terdapat pelanggaran atau dicemari kuman

1:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 82 kompaun dan notis kepada peniaga di bazar Ramadan sekitar ibu negara setakat ini kerana pengendalian makanan yang tidak memuaskan.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan hingga Jumaat lalu, unit kualiti makanan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) mengambil 1,060 jenis sampel makanan dari pelbagai bazar untuk dihantar ke Makmal Pusat Analisis dan sekuriti Makanan (FOSAC) JKAS di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Katanya, turut dilakukan pemeriksaan terhadap 2,404 peniaga.

“Hasil analisis mendapati terdapat 11.9% sampel makanan bazar Ramadan terdapat pelanggaran atau tercemar oleh kuman.

“Kehadiran bakteria ini berkait rapat dengan proses penyediaan makanan kurang bersih, masakan tidak sempurna dan kebersihan diri pengendali makanan yang kurang memuaskan,” katanya.

Dalam pada itu, DBKL memaklumkan, kompaun dan notis dikeluarkan kerana melanggar Seksyen 6(1) Undang-Undang Pengendalian Makanan WPKL (1979), iaitu makanan kotor atau mengandungi bahan asing.

DBKL mengambil 1,060 sampel makanan daripada 2,404 peniaga bazar Ramadan untuk dihantar ke Makmal Pusat Analisis dan sekuriti Makanan, dan 11.9% terdapat pelanggaran atau dicemari kuman. – Gambar ihsan DBKL, 2 April, 2024

“Tiga ‘strain bakteria’ utama dilakukan pemeriksaan, iaitu E Coli, Coliform dan Staphylococcus yang menjadi petunjuk terhadap pengendalian sepanjang proses makanan disiapkan.

“Kebanyakan amaran dan notis dikeluarkan atas kesalahan peniaga tidak mengambil suntikan vaksin tifoid dan diletakkan mengikut Undang-undang Kecil Pengendalian Makanan (1979) serta Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja WPKL (2016),” katanya.

Menurutnya, DBKL juga memberi amaran kepada peniaga terbabit supaya lebih menjaga kebersihan dan keselamatan makanan, seperti memastikan makanan tidak lama terdedah dan ketulan ais tidak diletak di atas lantai atau jalan.

“DBKL turut mengingatkan peniaga menggunakan bahan mudah terurai, memilih makanan bersih, sihat dan selamat, selain pembeli digalakkan membawa bekas sendiri. – 2 April, 2024

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Related