◉ HEADLINES

Harga ayam stabil, dikecualikan daripada pemantauan Skim Harga Maksimum Aidilfitri

Tahun ini sebanyak 22 barangan terlibat di bawah pemantauan tersebut

3:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Harga ayam dikecualikan daripada pemantauan ke dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di seluruh negara mulai 5 sehingga 19 April ini, berikutan harganya yang semakin stabil ketika ini.

Namun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata sekiranya terdapat kenaikan harga ayam ketika pelaksanaan skim itu, tindakan boleh diambil dengan menggunakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011).

“Kita tak boleh kawal semua barangan. Barangan yang dipilih mempunyai keperluan tinggi dan dikhuatiri ada elemen manupulasi harga. Ada item jika kita kontrol sepenuhnya, ia akan melibatkan implikasi kewangan.

“Bayangkan satu ketika dulu bila harga ayam dan telur terlalu tinggi, kerajaan ambil pendekatan mitigasi dan dalam pelaksanaan 20 bulan sahaja, kos yang ditanggung kerajaan ialah RM3,77 blion ringgit.

“Kita lihat mana harga yang masih boleh stabil, kita tak buat kawalan harga. Kalau kita kontrol semua akan berlaku herotan pasaran jadi kita pilih item tertentu sahaja,’’ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dilaksanakan setiap tahun pada musim perayaan. Tahun ini sebanyak 22 barangan terlibat di bawah pemantauan tersebut.

Mengulas lanjut, Armizan memberitahu, berdasarkan kepada pemantauan, harga ayam di pasaran lebih stabil malah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bekalannya adalah mencukupi.

Tambahnya, pengguna boleh menggunakan Price Catcher untuk membuat perbandingan dan memilih harga yang berpatutan.

“Kalau ayam di semenangjung ada cecah RM99, (tapi) masih ada yang jual serendah RM6.70 hingga RM7. Ini dipengaruh pasaran. Kita mohon pengguna laksanakan hak memilih dengan membuat perbandingan harga, dengan lihat Price Catcher KPDN,’’ katanya. – 2 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related